TEPAT pukul 5.00 petang,selepas mereka sekeluarga selesai menunaikan solat Asar berjemaah, Junie dan May keluar untuk bersiar-siar di sekitar taman perumahan mereka dengan menaiki basikal masing-masing. Itulah rutin harian mereka setiap petang. Selang setengah jam mereka bersiar-siar,tiba-tiba Junie memberhentikan basikalnya.
”Kenapa Junie?”soal May, hairan.
Dia turut memberhentikan basikalnya di sebelah Junie.
”May jalanlah dulu. Nanti ada orang cakap badak air jalan dengan bidadari pulak.”ucap Junie sinis sambil menjeling ke arah sekumpulan remaja yang sedang rancak bersembang di depan pagar rumah banglo yang tersergam indah.
”Junie…janganlah cakap macam tu.Diorang tu kawan-kawan May.Diorang mesti takkan ejek Junie kalau May ade..”ujar May.
Junie mencebik
“Taulah May tu bos pun…Tapi kan May,walaupun diorang dah banyak kali ejek and buli Junie,May tetap kawan dengan diorang kan?”sindir Junie dan segera mengayuh basikalnya, meninggalkan May.
Dia mengayuh selaju yang mungkin sambil sedaya upaya mengelak batu-batu kecil yang dibaling oleh kumpulan tersebut.Nasib baik batu-batu tu tak tajam,kalau tak memang luka.Tapi kadang-kadang lebam jugak kaki dia kena batu.Tiba-tiba seekor kucing melintas di hadapannya.Dia menjerit nyaring dan segera mengelak daripada melanggar kucing tersebut.Junie hilang kawalan dan tergelincir.Dalam masa beberapa saat saja lagi,dia akan jatuh ke dalam longkang.
’Ya ALLAH!’Terlintas di fikirannya burung merpati dan secara tiba-tiba dia terangkat ke atas.Dari atas dia dapat melihat basikalnya jatuh di tepi longkang.Junie memandang sekeliling.
’Macam mana aku boleh ada kat atas?’
Dia memandang tangannya yang sudah bertukar menjadi sayap berwarna merah.Junie ingin menjerit tetapi hanya bunyi burung yang kedengaran.Dia hilang imbangan lalu jatuh.Seorang budak lelaki segera menangkapnya yang masih bingung.
”Kur…kur….”Junie memandang sayu ke arah budak itu.
”Saya nak tunjuk awak kat mak dan ayah saya,” ujar budak lelaki tersebut dan memanggil ibunya.
”Ibu!tengok apa yang Aiman jumpa!”jerit budak lelaki itu riang.
Sebaik sahaja Aiman mambuka tangannya untuk menunjukkan Junie kepada ibunya,Junie segera mengepakkkan sayapnya dan terbang ke atas.Setelah memastikan yang dia sudah benar-benar jauh dari rumah budak tadi,Junie berhenti di atas ‘rear mirror’ sebuah kereta dan melihat dirinya di dalam cermin.
”Ark!”Dia menjerit (tapi bunyi burungla) apabila melihat dirinya sudah bertukar menjadi burung merpati dan yang peliknya,seluruh bulunya berwarna merah.Dia segera terbang ke arah lain dan semakin jauh dari rumahnya.Junie berhenti berehat di atas tembok yang mengelilingi sebuah rumah berkembar satu tingkat.
’Macam kenal je rumah ni..rumah siapa ek?’Junie mengetuk-ngetuk kepalanya dengan sayap miliknya.
’Rumah Zer!’Junie terus terjatuh dari tembok rumah tersebut.
’Aduh…’Junie mengepak-ngepakkan sayapnya dan kembali berdiri di atas kaki burungnya itu.Kenangan lalu menerpa di ingatannya….
Hari itu merupakan hari jadi Zer yang ke-13 iaitu pada13 April,hari Sabtu.Zer menjemput semua orang kecuali Junielah,of course! Tapi May tetap beria-ia ingin menghadiri majlis tersebut bersama-sama Junie.Jadi,Junie pun ikutlah. Ketika mereka keluar dari kereta,terdapat dua pandangan berbeza.Satu terpesona dan satu lagi jijik.Tau-taulah siapa dapat pandangan apa.Junie cuba menyabarkan dirinya dan berjalan beriringan dengan May.
”May!Kenapa lambat….”Tiba-tiba Zer menerpa dan kata-katanya terhenti apabila melihat Junie. Dia tersenyum sinis.
”Well,well,well.Look who’s here.The Beauty and The Beast!,”sindir Zer.
“Zer!”May memarahi Zer dan segera menarik lengan baju Zer ke arah lain.
Junie mendengus geram dan segera mengatur langkah ke arah pagar.Dia ingin balik ke rumah secepat mungkin,walaupun dia terpaksa berjalan kaki.
”Junie!”langkah Junie terhenti.
May segera mendekatinya dan menarik Junie ke dalam.Sebaik saja Junie masuk,muzik yang dimainkan terus terhenti.Tetapi apabila May pula masuk,muzik slow dance dimainkan,dan Junie yang berada di hadapannya ditolak kasar oleh dua orang perempuan.May cuba membantu tapi Zer tiba-tiba datang dan menghulurkan tangannya.
”Shall we?”soal Zer sambil tersenyum mesra.May menyambut tangan Zer dan mereka berjalan beririnagn ke arah meja yang disediakan khas untuk May.Junie yang terjatuh di atas timbunan sampah mengeluh dan perlahan-lahan bangun.
’Kenapala aku malang sangat hari ni?’
Baju barunya sudah dikotori dengan sisa-sisa sampah.Junie mengelip-ngelipkan matanya beberpa kali,cuba menghalang air mata yang ingin mencuri keluar.Baju kurung sutera putih itu adalah hadiah daripada arwah ayahnya .Begitu juga dengan selendang hitam yang dipakainya.Pakaian itu dibeli sehari sebelum Encik Hariz bertolak ke Mesir,empat tahun yang lalu.Dia memang sayang untuk memakainya jadi dia hanya menyimpan baju itu di dalam almari.Dan hari ini,dia memakai baju tersebut atas desakan Puan Sofia dan May.
’Kenapala aku ikut cakap Ibu dan May?dan kenapa jugakla aku datng kat parti ni?!’
Junie segera melangkah ke muka pintu,tapi lengannya tiba-tiba ditarik.Dia segera menoleh ke belakang.Zer!
”Hai,cepatnya balik?Takkan nak tinggalkan May sorang-sorang dekat sini?Kesian dia..Lagipun...”
Zer mendekatkan mukanya dan berbisik,”The game had just begin,”dia tersenyum sinis dan berlalu ke tempat kek.
”Okay everyone! Kita nak mulakan acara potong kek!Saya akan mempersilakan tetamu utama kita pada petang ini! Junie binti Hariz!”
Kedengaran tepukan gemuruh dan Zer menyuruh Fazrul dan Danny menarik Junie ke tempat kek.Zer menghulurkan pisau pemotong kek kepada Junie dan dengan tangan yang terketar-ketar,Junie menyambutnya. Zer menggenggam tangan Junie dengan erat dan perlahan-lahan memotong kek.Jantung Junie berdegup kencang.Zer melempar senyuman jahatnya ke arah kawan-kawannya yang daritadi menjadi penonton setia dan menolak kuat muka Junie ke dalam kek.Junie terkejut dan terus mengangkat mukanya yang dipenuhi icing dan kek.Dia menarik tangannya dari pegangan Zer dan membersihkan mukanya.Tetamu-tetamu yang lain terus ketawa terbahak-bahak.Dan lebih malang lagi,semua orang dewasa sedang menjamu selera di rumah sebelah atas permintaan Zer sendiri.May pula sudah menghilang entah ke mana.Tiada siapa yang dapat membantunya sekarang.
’Takpe!Aku akan lawan sendiri!’Junie mengangkat kek yang sudah separa hancur itu dari atas meja dan menghumbannya kepada Zer.
Semua tetamu tergamam.Zer membersihkan kek di seluruh badannya dan terus menarik selendang Junie,geram.Junie menjerit nyaring.Zer menenggelamkan muka Junie ke dalam mangkuk kaca besar yang berisi air punch.Junie terkapai-kapai,kekurangan oksigen.Zer mengangkat kembali muka Junie dan kemudian melakukan perkara yang sama sebanyak tiga kali.Zer tersenyum puas melihat Junie tercungap-cungap menarik nafas.Dia menolak Junie ke arah kawan-kawannya.
”Suruh dia pergi bilik air,bersihkan badan dan pakai baju yang aku dah sediakan dekat dalam bilik tetamu tu.Jangan lupa bersihkan baju kau yang kotor tu!”Arah Zer dengan tegas sambil tersenyum jahat.
Saiful dan Alia menarik Junie dengan kasar ke arah sebuah bilik.
”Cepat sikit tukar baju tu!”arah Saiful dan Alia menolak Junie ke dalam bilik dengan kasar hingga terjatuh.
”Kunci pintu ni!”arah Alia pula dan menutup pintu.
Gedegang!Junie terus menangis teresak-esak.Dia bangun perlahan-lahan dan mengunci pintu.Kemudian,dia masuk ke dalam bilik air.Sepanjang tempoh dia mandi,air mata tidak henti-henti mengalir keluar dari tubir matanya.Baju pemberian arwah ayahnya dibasuh.Tangisannya makin kuat apabila icing yang melekat di bajunya tidak mahu keluar.Dia keluar dari bilik air dengan tuala yang disediakan.Baju kurungnya disidai di dalam bilik air.Junie mangambil baju yang diletak di atas katil yang telah disediakan oleh Zer.
’Baju badut?Sahla aku kena main dengan Zer ni!’Junie mengeluh dan duduk di atas lantai.
”Woi Junie!Pakai baju tu cepat!Aku masuk nanti! Aku ada kunci!”tiba-tiba kedengaran suara Zer dari luar.
Junie tersentak dan segera menyarung baju badut itu.Dia sudah tiada pilihan lagi.
’Dahla baju aku basah lagi.Takkan nak pakai baju basah?Tapi selendang ni aku nak pakai jugak!Basah pun basahla!Janji tutup aurat.’
KETIKA Zer membuka pintu,Junie sedang mengenakan krim putih di mukanya.Zer tersenyum puas.
”Bagus!Cepat sikit!Ni rambut untuk kau!Jangan nak mengada-ngada pakai selendang tu pulak!”Zer mencampak rambut palsu berwarna-warni ke atas katil dan segera keluar.
Junie melilit selendangnya disekeliling lehernya supaya tidak terdedah dan menyarung rambut berwarna-warni itu.Hidung merah yang bulat itu juga dipakai.Perlahan-lahan dia keluar dari bilik.Semua orang ketawa melihat Junie.Mereka semua membaling kulit pisang kepada Junie dan ketika Junie melangkah,dia terpijak kulit pisang dan terjatuh.Dia diketawakan lagi oleh semua orang.Kemudian mereka membaling belon air dan makanan ke arahnya.Junie hanya mampu menahan dengan tangannya dan menangis.Ketika itu,Alieff yang baru tiba meluru ke arah Junie dan menarik Junie keluar dari rumah Zer.Zer menghalang laluan mereka di depan pintu rumah.Alieff yang terkenal dengan ilmu silatnya menumbuk padu perut Zer.Zer terdampar kesakitan.Sebelum keadaan menjadi buruk,May tiba dari belakang rumah Zer dengan robe putih membalu tubuhnya dan tuala yang menutupi kepalanya yang hanya memakia topi renang.
”Ya ALLAH!Apa ni?!Kenapa ni Zer,Alieff,Junie?!”May menerpa ke arah Zer yang sudah pun duduk di atas lantai sambil memegang perutnya.May menoleh pula ke arah Junie.
”Ya ALLAH!Junie!”May menerpa ke arah Junie.”Kenapa Junie pakai baju badut?Kotor-kotor pulak tu!”
Junie menepis tangan May yang cuba menyentuh tangannya.
”Jangan sentuh aku!Aku taulah kau tak suka aku pun!Aku tau kau yang rancang semua ni dengan Zer…”
“Hei perempuan!”Zer memotong percakapan Junie.”May tak bersalah dalam hal ni!Aku saja suruh dia pergi berenang kat kolam,kawan-kawan dia lengahkan dia dan aku….”
Kata-kata Zer terhenti apabila Junie menampar muka Zer,kuat.
”Hoi,jantan!Kau diamlah!Kau jangan ingat sebab muka kau tu handsome,sebab ramai orang minat kau,kau berkuasa!Harap muka je handsome,tapi hati…. hancuss…!”
Junie mencampak rambut dan hidung badut ke muka Zer seraya segera berlalu dari situ.
End of Part 6
Secukup Rasa | Bab 1
6 years ago
No comments:
Post a Comment