Theme Songs 4 This Novel

Thursday 4 February 2010

Buat Sementara Sahaja...

Berita kurang baik di sini...
novel ini akan dihentikan buat sementara waktu atas sebab-sebab peribadi..
maaf buat semua yang menunggu..
insya-4JJl nanti saya akan maklumkan bila akan disambung semula...

doakan jugak supaya novel ini boleh berada di pasaran....
sekali lagi,
aka mintak maaf.....
jangan jemu menunggu,sebab saya akan jadikan cerita ni lebih menarik....

aka

Thursday 7 January 2010

Bab 2: Pendedahan (Part 5)

            "We're done,"ucap Zer perlahan dan terus menjarakkan dirinya daripada Junie.


Junie terlopong.


'Macam mana boleh sampai sini ni?'


Alieff ketawa kecil melihat reaksi Junie.Zer langsung tidak menghiraukan kedua-dua mereka.Dia menekan salah satu butang di jam gadget miliknya.


"Please choose your outfit,"satu suara kedengaran dari jam tersebut.


Zer menekan pula butang berwarna biru dan menaip 010.


"Outfit: Casual.Outfit Code: 010.Please wait,Agent 575."ujar suara itu lagi.


Cahaya hijau memancar dari jam tersebut dan cahaya tersebut turun dari atas ke bawah,menukar pakaian Zer kepada pakaian yang dipakainya sebentar tadi, (sebelum Junie pengsan).Leo juga membuat perkara yang sama dan kembali memakai cermin mata biasanya.Junie semakin bingung.


'Betul ke apa yang lelaki tu cakap?Betul ke apa yang aku nampak ni?Tak percayalah!Aaaahh..tak mungkin!'


"Aku turun dulu."Zer segera meminta diri dan terus turun ke bawah.


"Apa masalah dia?!"bentak Junie,geram.


'Dari tadi lagi asyik bad mood!Tapi pernah ke dia ceria bila dia ada dengan kau Junie?'


"Dia memang macam tu.Pendiam dan serius je sepanjang masa.Perangai kami yang kau tengok selama ni sebenarnya terbalik.Aku yang sebenarnya jenis bising sikit,Zer pulak  jenis pendiam and mysterious.Aku dengan Zer sejak masuk VST lagi,memang dah jadi satu pasukan.Sepatutnya setiap pasukan ada tiga orang.Tapi,kami dua orang je,sebab yang lagi sorang tu dah tinggalkan VST.Dan,kau Jun,akan gantikan tempat dia,"terang Alieff panjang lebar.


"Tinggalkan VST?Sebab?"soal Junie,ingin tahu.


"Yang tu takde siapa tahu.Yang ada cuma KHABAR ANGIN.Benda ni semua adalah rahsia pihak pentadbiran,"terang Alieff lagi.


Junie mengangguk perlahan.


"Alieff,perlu ke aku masuk VST ni?Kenapa diorang pilih aku?"soal Junie tiba-tiba.


"Aku dulu pun macam kau,Jun.Aku sendiri takut bila aku dapat tahu pasal benda ni semua.Diorang pilih kau,aku dan pelajar-pelajar lain,sebab kita istimewa Jun.Kita tak macam orang lain.Kau kena anggap semua ni sebagai anugerah,bukan bala.Lagi satu,selama ni pun kami cuma menjalankan tugas.Aku ditugaskan untuk jadi kawan baik kau,dan Zer,ditugaskan untuk buli kau.Supaya kau akan gunakan kuasa yang ada pada kau.Hakikatnya,Zer tu memang baik."ucap Alieff,lembut.


"Habis tu,kau bukan kawan aku la?"


"Jangan salah faham.Aku tetap kawan baik kau sampai bila-bila.Kau jangan risau,"pujuk Alieff,lagi.


Junie tersenyum kecil.


"Thanks.Anyway,apa dia kuasa kau?"soal Junie sambil memperbetulkan tudungnya yang senget sebelah.


"Aku boleh sembuhkan orang dan elokkan balik sesuatu tempat atau benda tu jadi macam asal balik,"balas Alieff.


"What?! Really?!"Alieff mengangguk kecil.


"Aku nak mintak tolong sikit boleh?"pinta Junie,penuh mengharap.


"Sure,"Alieff menjawab pendek.


"Kejap ye,"Junie terus berlalu masuk ke bilik.


Beberapa minit kemudian,dia kembali bersama beg kecilnya,buku-buku, pencil box dan alat tulisnya yang telah rosak teruk akibat 'tragedi' hari itu.Junie meletakkan barang-barang itu di atas lantai.


"Tolong elokkan barang-barang ni boleh?Tapi jangan tanya siapa yang buat semua ni,"Junie cepat-cepat memberi amaran apabila dilihat Alieff seperti teragak-agak untuk membuka mulut.


Alieff mengangguk akur.Dia kembali memberi perhatian kepada barang-barang di hadapannya.Diletakkan tangannya di atas beg itu.Alieff menatap penuh tumpuan terhadap beg itu dan..................dalam sekelip mata saja,beg itu kembali kepada keadaan asalnya.Junie menjerit keriangan dan memeluk beg itu,erat.


"Alhamdulillah...Thanks Alieff! Aku sayang sangat dekat beg ni!"


"Sama-sama,"balas Alieff,turut tumpang gembira.


Kemudian,Alieff melakukan perkara yang sama kepada buku-buku sekolah,kotak pensel dan alat tulis milik Junie.Semuanya kembali seperti yang asal.


"Terima kasih banyak-banyak Alieff!Aku tak tau macam mana nak balas budi baik kau!"


"Aku cuma nak kau sertai kami.Please..."Pinta Alieff,mengharap.


Junie mengeluh berat.


"Bagi aku masa sampai esok Alieff....We'll see.."gumam Junie perlahan sambil merenung jauh ke luar tingkap.


Entah kenapa,wajah ayahnya,Encik Hariz,menerpa ke ingatannya,menyebabkan dia berasa sangat rindu akan ayahnya itu.


            MALAM itu,Junie tidak dapat melelapkan mata.Teddy bear pemberian Emillia dipeluk erat.Kata-kata lelaki yang digelar Sir Haze juga kata-kata Alieff terngiang-ngiang di telinganya.


'Betul ke aku ni ada kuasa istimewa?Venture of Spy Teens?Tak pernah aku dengar.Patut ke aku join VST ni?'


Semalaman Junie memikirkan perkara tersebut dan akhirnya dia membuat satu keputusan MUKTAMAD.


End of Part 5
End of Chaiptre 2


p/s:cite ni mmg cite fantasi,sebab tu kurang logik..hehe

Wednesday 6 January 2010

Bab 2: Pendedahan (Part 4)

            JUNIE membuka matanya perlahan-lahan.Kelihatan lima orang berpakaian serba putih mengelilinginya.


"This is going to be painful.Tolong bertahan,"ujar salah seorang dari mereka.


Junie mula panik.Dia meronta-ronta ingin melepaskan diri tetapi tangan dan kakinya sudah digari.Sejenis alat ditekan di lengannya.Kemudian di tengkuk dan kedua belah tapak kaki junie.Junie ingin menjerit untuk meluahkan segala kesakitannya,namun tidak berdaya.Hanya air mata mengalir keluar dari tubir matanya.Tiba-tiba semua alat itu ditarik serentak,menyebabkan Junie terus menjerit.Kali ini jeritannya kedengaran, nyaring.Kelima-lima saintis itu tetap tenang.Salah seorang daripada mereka mendekatkan sejenis alat yang mempunyai dua lubang kecil ke matanya.Empat cangkuk kecil yang tidak tajam menarik perlahan kedua belah kelopak matanya supaya terbuka.Cahaya hijau memancar keluar dari dua lubang kecil itu dan mengambil segala data dari mata Junie.Kemudian bibir Junie pula ditarik oleh dua cangkuk yang lain supaya mulutnya terbuka.Lidahnya disuntik dengan cecair berwarna biru.


Akhirnya,semua alat dimatikan.Seorang saintis mendekatinya dan memndengar degupan jantungnya melalui sthetoscope.Setelah memastikan bahawa Junie berada dalam keadaan stabil,besi yang menahan kedua-dua belah kaki dan tangannya dibuka.Kerusi dinaikkan dari posisi baring kepada posisi duduk.


"We're done.Sir Haze,she's confirmed our next Special Spy Teen."ujar salah seorang daripada saintis tersebut.


"Thank you,scientists.Just leave her to me.You may go now,"ujar satu suara.


Kelima-lima saintis tersebut berlalu meninggalkan seorang lelaki yang memakai cermin mata hitam,sementara topeng hitam berkilat menutupi sebahagian mukanya(Dari bawah mata hingga bawah dagu).Lelaki tersebut turut memakai sut serba hitam.


"Good evening Junie. Or,should I say,welcome to VST,Agent 017?"sapa lelaki itu, mesra.


"Saya dekat mana ni?Apa yang kamu semua nak?!"jerit Junie geram.


Sudahlah tadi diseksa sebegitu rupa,sekarang digelar Agent 017?! Apa ni?!


"Relax,Agent 017.Sekarang ni,awak berada di VST or Venture of Spy Teens.Di sini kami melatih remaja-remaja yang telah dianugerahkan kuasa istimewa untuk menjadi penyiasat yang kan membantu kami.Atau nak senang,sekolah untuk remaja-remaja seperti Junie."terang lelaki itu,tenang.


"Remaja seperti saya?Maksud awak?"soal Junie perlahan.


Kata-kata lelaki itu berjaya menarik perhatian Junie.


"Yes,teens like you that have special powers.Tapi,awak lain sikit.Kami semua dah lama perhatikan awak dan kami dapati yang Junie ada lebih dari satu kuasa."terang lelaki itu lagi.


"Merepek! Awak ingat saya akan percaya semua itu?!Tolonglah,saya ni tak bodoh! Dan tolong jangan kacau saya lagi!"tengking Junie seraya bangun dari kerusi yang didudukinya.


Junie melangkah keluar dari bilik itu secepat mungkin.


"You're not going anywhere!Kami dah pasang alat pengesan di kedua belah tapak kaki awak!" suara lelaki bertopeng sebentar tadi,kedengaran di koridor putih itu.


Langkah Junie terhenti.


'Okey,ni dah pelik.Dahla aku tak kenal tempat ni.Macam mana aku nak balik?'


"Tolong,just let me go.Saya tak nak terlibat dengan bemnda-benda macam ni!Tolonglah..saya nak balik..." rayu Junie,sayu.


"Okey.Baiklah.Tapi just for this time.We'll meet again, very soon.Saya akan suruh seseorang hantar awak balik,"ujar suara itu lagi.


"Thank you very much,"ucap Junie sambil mengetap bibir.


Dia betul-betul geram mendengar kata-kata'We'll meet again' itu.Tiba-tiba seorang remaja lelaki muncul betul-betul di hadapannya.Hampir-hampir saja Junie ingin menjerit kerana terkejut.Remaja itu juga memakai pakaian serba hitam.


"This is Agent 575.He'll sent you home,"dan suara itu hilang begitu saja.


Junie meneliti muka remaja lelaki itu yang memakai cermin mata hitam.Sekali lagi Junie terkejut.


"Zer?!Kau buat apa dekat sini?!"jerit Junie,kaget.


"Aku pun macam kau jugak.Dah,jangan banyak cakap,kau nak balik kan?"soal Zer mendatar.


Junie mengerutkan dahi."Macam aku? Apa maksud...."


"Dia maksudkan yang dia pun ada kuasa jugak macam Jun,"satu suara tiba-tiba mencelah pantas dari belakang Junie.


Mereka terus menoleh.


'Jun? Takkan la dia ni....'


"A..A..Alieff???"soal Junie tergagap-gagap.


Alieff hanya tersenyum.Dia menanggalkan cermin mata hitamnya.


"Nice to meet you.I'm Agent 144,"ujarnya sambil tersenyum manis,menyerlahkan kedua-dua lesung pipitnya.


Ketampanan Alieff terserlah membuatkan Juunie terpegun.Dia memang tak pernah tengok Alieff tak pakai cermin mata.


"Junie?"Alieff menghayunkan tangannya di depan muka Junie.


Junie kembali tersedar.


"Dah,dah.Berhenti bersembang.Tugas aku sekarang cuma nak hantar kau balik.Kau yang nak balik sanagt tadi kan?Cepat!Jangan buang masa aku! Aku ada banyak kerja lagi nak buat!"marah Zer.


Dia segera menarik hujung lengan baju Junie.


"Aku nak ikut,"ujar Alieff,pantas.


Zer menjungkit sebelah kening.


"Fine,"ujar Zer dan dia memegang lengan Alieff.


Zer menumpukan perhatian dan tidak sampai dua saat,mereka sampai ke lokasi yang dituju,rumah Junie.Mereka berada di ruang rehat di tingkat atas.


End of Part 4


p/s:sori,atas sebab-sebab tertentu,kali ni bkan part terakhir.Lepas ni baru part terakhir.

Wednesday 30 December 2009

Bab 2:Pendedahan (Part 3)

           SAMPAI saja di rumah,Junie hanya memerap di dalam bilik.Puan Sofia dan May yang baru pulang,langsung tidak dihiraukan.


"Junie!Junie!Bukak pintu ni!"Junie yang sedang menyiapkan kerja sekolah,tersentak.


"Junie! Kenapa degil sangat ni?!Asyik tinggal May sorang-sorang dekat sekolah tu kenapa?!Junie tak tahu ke Ibu penat kerja,datang ambik Junie dengan May, lepas tu tengok-tengok May je yang ada kat sekolah tu! Nasib baik ada orang nampak Junie balik dengan Alieff.Tak reti-reti nak tunggu Ibu datang ambik ke yang nak kena tumpang Alieff tu? Ke gatal sangat nak bercinta dengan Alieff?! Junie,bukakla pintu ni!"Bebel Puan Sofia geram.


Junie mengeluh perlahan.Air mata yang mula menitis kerana tuduhan yang dilemparkan ibunya,diseka pantas.Perlahan-lahan dia melangkah ke arah pintu dan membukanya.


"Ha!Jawabla apa yang ibu tanya tadi!"jerkah Puan Sofia.


"Mum,dahla tu,"pujuk May yang baru naik ke tingkat atas.May memeluk perlahan lengan ibunya."Ada orang datangla Mum..."


"Ada orang datang?Siapa?"soal Puan Sofia.Perhatiannya sudah beralih kepada May.


"Auntie Junaidah dengan Alieff.Diorang datang sebab Auntie Jun nak bincang something dengan Mum.May dah ajak diorang duduk kat ruang tengah."jelas May lagi.


"Hmm..Ibu turun dulu.Junie,nanti Ibu nak dengar penjelasan Junie pasal hal ni,"arah Puan Sofia,tegas.Junie hanya mengangguk.Puan Sofia terus turun ke bawah.


"Alieff nak jumpa Junie.May nak keluar dengan kawan-kawan May kejap.Kalau Mum tanya,cakap je tak tau.Nanti May balikla,"arah May pula.


Sekali lagi,Junie hanya mengangguk.May turut berlalu ke bawah.Junie pula kembali masuk ke dalam bilik.Dia menukar baju kepada baju berlengan panjang dan memakai tudung dengan kemas.Kemudian,dia turun ke bawah.Ibunya dan Auntie Junaidah sedang sibuk berbincang.Junie terus keluar dan didapati Alieff sedang bermain-main dengan kucing parsi kesayangan mereka,Tubby.May pula sedang bersembang dengan Zer di depan pagar,sebelum mereka berlalu pergi dengan menaiki kereta Mercedez warna hitam.


'Patutla marah sangat aku tengok surat dia tadi. Nak pergi date dengan Zer rupanya.Keluar dengan 'kawan-kawan' sangatla tu.'


Zer.


Nama itu mengingatkannya tentang kejadian di sekolah sebentar tadi.Hatinya kembali menangis.


"Jun!"Panggilan Alieff mematikan lamunannya.Junie tersenyum kecil.


"Jom,duduk dekat taman."ajak Junie tenang walaupun hatinya terasa amat sakit.


Hakikatnya,Alieff memang lebih kacak berbanding Zer tetapi oleh kerana sikapnya yang serius,jarang tersenyum,suka bersendiri dan jarang berbual dengan orang lain,ketampanannya kurang menyerlah.Tapi itu pun tetap popular!


"Ada apa kau nak jumpa aku?"soal Junie serius.


"Takkanla nak jumpa kawan baik aku pun tak boleh,"gurau Alieff.


Junie tersenyum simpul."Takdela.Aku tanya je,"


"Aku dah bagitau kat mak kau kenapa kau balik dengan aku hari ni,"


Junie terdiam."Er....Kau dengar ke apa yang mak aku cakap tadi?"soalnya teragak-agak.


"Dengar.Tapi kau jangan risau,umi aku tak dengar pun.Dia tengah sibuk sembang dengan abi aku dalam telefon tadi."ujar Alieff.


Junie mengeluh perlahan."Sorryla kau terbabit sekali dalam hal ni,"


"Ooh..yang Ibu kau cakap kau gatal nak bercinta dengan aku tu?Apa salahnya,kot-kotla jadi,"usik Alieff sambil tersenyum nakal.


"Hoi!Kau jangan nak mengada-ngada!"Junie menjerit kecil seraya membaling daun kering ke arah Alieff.


Meledak ketawa Alieff melihat muka Junie menjadi merah padam apabila diusik.Itu antara sebab dia suka usik Junie,nampak comel bila pipi tembam dia merona merah lepas tu marah main-main.Perbualan mereka semakin rancak,diselang-seli dengan gelak tawa.Tidak sedikit pun menyentuh tentang sebab Junie menangis walaupun hati Alieff meronta ingin tahu.


'Biarlah dia happy-happy dulu,'gumam hati kecil Alieff.


              HARI ini merupakan hari jadi May dan Junie.Hampir kesemua pelajar yang dijemput ke parti hari jadi mereka,hadir.Junie hanya berkurung di dalam bilik walaupun majlis sudah hendak dimulakan.


"Junie!Ada orang nak jumpa!Keluar cepat!"panggil Puan Sofia dari luar bilik.


"Ok!"balas Junie,lemah.


Badannya panas,terasa seperti hendak demam.Dia mengikat rambutnya yang kusut-masai dan menyarung tudung lalu membuka pintu.


"Aik?Takde orang pun.Ibu.."baru saja dia ingin melaung,terus terhenti sebaik saja melihat kelibat seseorang.


Seseorang yang sangat tidak dijangka.


"Kak Emil!"jerit Junie,kaget.


Emillia hanya tersenyum melihat Junie yang terkejut melihatnya.


"Kenapa?Terkejut?Surprise!"ucap Emillia sambil menghulurkan hadiah teddy bear putih yang besarnya seperti bantal peluk sederhana panjang.


"Happy birthday Junie.Semoga panjang umur dan murah rezeki,"ucap Emillia.


Junie teragak-agak menyambut hadiah tersebut.Perlahan-lahan terukir senyuman manis.


"Terima kasih.Arigatou gozaimasu.Comelnya....Tak payahla susah-susah beli hadiah besar-besar.Mesti mahal kan?"Junie memeluk erat teddy bear tersebut.


"Taklah.Lagipun nikan birthday Junie.Mestilah kena dapat hadiah yang best.Barula seronok.Nanti birthday akak,Junie bagila pulak hadiah besar-besar,"usiknya.


Mereka ketawa.


"Jom duduk,"ajak Junie dan melangkah ke ruang rehat yang terletak di tingkat atas berdekatan bilik Junie.


"Kenapa Junie tak turun?Majlis rasanya dah nak mula kan?"soal Emillia sebaik saja mereka melabuhkan punggung di sofa yang terdapat di ruang rehat tersebut.


"Junie nak duduk dalam bilik kejap.Nanti Junie turunlah,"dalih Junie.


Emillia hanya mengangguk walaupun hatinya masih ragu-ragu.Junie segera mengubah topik perbualan.


"Ni kenapa Kak Emil datang sini ni?Kata nak pegi Johor,"


"Tak boleh datang ke?Taklah,Kak Emil memang nak pegi Johor tapi lusa.Saja bohong Junie, nak buat surprise,"terang Emillia sambil menjelir lidah.


"Ooo...nak tipu orang,eh?"


Mereka berdua ketawa riang.Tiba-tiba May naik diikuti dengan Zer dan Alieff.Ketawa mereka terus terhenti.


"Em..Kak Emil,boleh tak tinggalkan kitorang semua?Kak Emil turunla dulu, ye?"pinta May sopan.


Emillia menoleh ke arah Junie.


"Sorry ye, Kak Emil?Kak Emil turunla makan dulu ye?"ujar Junie pula,walaupun dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang bakal berlaku.


Emillia mengangguk dan tersenyum.Dia melambai ke arah Junie dan terus berlalu.


"Junie,kenapa tak turun?Party dah mula.Jom turun,"pujuk May sambil menarik lengan Junie,lembut.


"Takpelah.May turun dulu.Nanti Junie turun,"tolak Junie perlahan sambil memicit kepalanya yang tiba-tiba saja pening.


"Janji?"


"Janji,"ucapnya lemah.


May tersenyum puas dan berlalu.Kemudian,Zer pula mendekatinya.Kepalanya semakin pening dan matanya pedih dan panas.


"Aku nak cakap sikit je.Today,you'll know the truth,"dan dengan itu Zer terus berlalu.


Kepalanya berdenyut-denyut dan terasa sangat berat.Perutnya memulas dan dia mula berpeluh.


'Teka-teki apa lagi ni?'


"Jun,kau okey?"suara lembut Alieff meringankan sedikit beban kepalanya.


Sememangnya Alieff sering menjaga hatinya.Alieff memang baik tapi entah kenapa hati Junie tidak pernah tercuit dengan sikap Alieff terhadapnya sebaliknya,dia menyukai Zer yang suka bersikap kasar terhadap Junie.Junie hanya mengangguk,membalas pertanyaan Alieff.


"Aku pun nak cakap sikit je.Aku.."kata-kata Alieff terhenti.


"Aku apa Alieff?"Junie mendongak memandang Alieff.


"Kata-kata aku sama dengan Zer,Jun.Kau akan tahu kebenarannya hari ini,Jun,"ujar Alieff,lembut.


"Kebenaran?Kebenaran apa,Alieff?"soal Junie,lemah.


Suaranya hampir-hampir saja tidak kedengaran.Dia berasa sangat letih sekarang.Tiba-tiba telefon bimbit Alieff berbunyi.


"Kejap,"Alieff segera berlalu ke tempat yang aak tersembunyi.


Junie hanya membiarkan Leo.Dia memejamkan matanya.


"Penat,"gumamnya perlahan dan pandangannya menjadi hitam.


Sementara itu,"Agent 144,bawak Junie ke sini.Dengan Agent 575 sekali,"


"Baiklah,"balas Agent 144 pendek.


Dia memicit butang di cermin mata hitamnya.Talian terputus.Kemudian,dia memicit butang-butang di alat yang terdapat di lengannya.Tidak lama kemudian,hologram Agent 575 terpancar dari cermin mata hitamnya.


"We've got to go,"pendek pesanan Agent 144 dan talian terus dimatikan.


Dia beralih ke belakang dan merenung Junie yang sudah terlelap di sofa kerana ditabur dengan serbuk tidur.

End of Part 3
P/S:sori lmbt post new n3..harap tak bosan menunggu..sibuk sikit sekarang ni.Nak online pun tak sempat.So,enjoy this new part...!Nanti saya akan post last part bab 2..enjoy! =DDD

Monday 21 December 2009

Bab 2-Pendedahan (Part 2)

             KETIKA pelajar-pelajar kelas 2 Elit sedang stress membuat latihan Matematik,seseorang membaling segumpal kertas kecil, tepat mengenai dahi Junie.Junie mendengus geram.Dia menoleh ke tepi, tapi semua pelajar sedang sibuk menyelesaikan masalah Matematik yang rumit itu.Junie meleraikan gumpalan kertas itu.


                 Macam mana?Jadi tak nak keluar petang ni?


                                                                                -Ruby-


'Ruby?Ni kawan May ni.'


"May,"panggil Junie perlahan.


"Hmm?""Ni ada surat untuk May.Sorry terbaca,"ucap Junie perlahan sambil menghulurkan kertas kecil itu.


"Mana?!Siapa suruh kau baca?!"May merampas kertas itu dari tangan Junie dengan kasar.


Suaranya ditinggikan sedikit.


'May ni kenapa?Junie dah mintak maaf kan tadi?Junie cuma nak tengok siapa penerima surat tu!"Marah Junie dengan nada yang sama.


"May!Junie!Jangan sembang!Siapkan latihan tu!"marah Puan Nora,guru Matematik mereka.


Kedua-duanya terus menikus.May sempat memberi jelingan tajam kepada Junie sebelum kembali menghadap buku latihannya.Junie hanya membiarkan saja perlakuan May.Dia masih tertanya-tanya dengan apa yang tertulis di dalam surat itu sebentar tadi.


'Keluar?Petang ni?Nak buat apa?Kenapa May marah sangat bila aku baca surat tu?Haih,penyibuk betul aku ni.'


            LOCENG sekolah berbunyi nyaring.Jam menunjukkan tepat pukul 2.10 petang.Cikgu Basyirah terus keluar dari kelas tanpa sepatah kata.Itulah sikap Cikgu Basyirah jika dia mengajar sebelum waktu balik.Para pelajar kelas 2 Elit berduyun-duyun keluar dari kelas.Masing-masing riuh berceloteh kepada rakan-rakan tentang apa yang ingin dilakukan sepanjang cuti sekolah nanti.Junie pula hanya mendiamkan diri sambil berjalan di sebelah May.Alieff dari lepas waktu rehat lagi,sudah menghilangkan diri.Sibuk dengan latihan basketball,maklumlah perlawanan dmakin dekat.Nasib baik Alieff jenis cepat tangkap apa yang dipelajarinya.Kalau tak,lingkup!Geng May pula menghilang entah ke mana.Ketika berjalan di koridor,Junie bertembung dengan Emillia.Mereka berbalas senyuman dan lambaian.May turut melemparkan senyuman mesra kepada Emillia.


"May!" tiba-tiba seseorang menarik lengan May.


May turut menarik tangan Junie supaya menunggunya,menyebabkan roadblock berlaku.Kebanyakan pelajar merungut tetapi kembali tersenyum apabila dilihat May dan Zer yang telah menyebabkan langkah mereka semua terhenti.Sememangnya mereka berdua digelar pasangan ideal dan cukup terkenal di kalangan para pelajar junior,juga senior.


"Ikut Zer kejap.Kawan-kawan May cari tadi,"pinta Zer lembut.


Mereka bertiga beralih ke tepi untuk memberi laluan kepada pelajar-pelajar lain.


"May bawak Junie sekali, boleh?"pinta May pula.


Zer melemparkan pandangan tajam ke arah Junie,yang membalasnya dengan senyuman sinis.Zer kembali menoleh ke arah May dan tersenyum mesra.


"Ikut suka Maylah,"ujar Zer.


Mereka beriringan berjalan ke arah belakang sekolah.Junie hanya mengikut dari belakang.Sebaik saja sampai,kawan-kawan May terus menarik May hilang dari pandangan Junie,sementara Junie ditinggalkan bersama-sama Zer, Fazrul, Akif, Danny dan Kamal.Junie mula berasa tidak selesa.


'May ni suka tinggal aku.Kenapalah aku ikut tadi?Dahla aku sorang je perempuan kat sini.'


Zer berjalan mendekati Junie.


"So,birthday kau kan lusa ni?Aku akan pastikan birthday kau yang kali ni is the worst!"Zer terus merentap kuat tudung Junie.


Junie menampar kuat pipi Zer.Dia berundur beberapa tapak ke belakang.Tudungnya yang hampir terlucut ditarik kembali ke depan.


"Kau ni kenapa?!Aku buat apa dekat kau sampai kau suka sangat kacau aku?!jerkah Junie geram.


Dia menepis kasar tangan Zer yang cuba menarik tudungnya lagi.Zer terus menangkap lengan Junie dan dicengkam kuat.


"Lepaskan aku!!!Sakitla!!"Junie menjerit kuat apabila Zer memulas lengannya.


Dipijak-pijaknya kaki Zer,berulang kali dengan sekuat hati.


"Sebab aku suka buli budak gemuk macam kau!Kau suka melawan pulak tu!Dan kau menyusahkan hidup May!Jadi,aku akan buli kau sampai kau sedar siapa diri kau tu di sisi May!"terang Zer satu-persatu.


Kakinya yang dipijak,tidak dihiraukan.Fazrul dan Danny menerpa lalu menyentap beg kecil Junie.Mereka menuang segala isi di dalam beg Junie.Junie meronta-ronta ingin melepaskan diri dari pegangan Zer tetapi tidak berjaya.Buku-buku Junie dikoyak.Kamal dan Akif pula menggunting-gunting beg dan pencil box milik Junie.Alat-alat tulis turut dipatahkan.Junie meraung kuat.Dia menendang celah kelangkang Zer dan ditolaknya Zer hingga terjatuh.


"Stop!Stop!!!"Jeritnya sekuat hati.


Masa terus terhenti.Semua benda yang bergerak turut terhenti.Junie menangis teresak-esak dan jatuh terjelepok.Dia mencabut rumput-rumput dengan ganas.


"I hate you! I hate you,Zer!! I hate you,May! I hate all of you!!!!"dia terus meraung kuat.


JUNIE cuba mengawal tangisannya.Setelah beberapa minit,tangisannya semakin reda.Beg yang sudah berlubang sana sini kerana digunting,diambil kasar dari tangan Akif yang tidak bergerak.Semua barang-barangya yang sudah rosak,dikutip satu-persatu dan dimasukkan ke dalam beg kecilnya.Dipeluk begnya erat untuk memastikan tiada barang-barang yang terjatuh melalui lubang-lubang yang dibuat oleh Akif pada beg kecilnya itu.Dia menuju ke pagar sekolah.Pelajar-pelajar yang lalu-lalang di koridor sekolah juga tidak bergerak.Burng-burung yang berterbangan di langit juga terhenti.Namun,semua itu tidak dihiraukannya.Air mata terus mengalir tidak henti-henti.


Masa kembali berjalan secara tiba-tiba.Pelajar-pelajar juga kembali bergerak seperti tiada apa yang terjadi.Junie tetap dalam dunia tangisannya dan tidak menghiraukan pandangan-pandangan aneh yang dilemparkan oleh pelajar-pelajar lain.Tiba-tiba seseorang melanggarnya agak kuat.Nasib baik tak jatuh terduduk.


"Sorry.Tak perasan tadi."pelajar tersebut segera meminta maaf.


'Suara tu!'Junie segera mengangkat muka.


"Eh,Jun! Kenapa ni?"tanya pelajar itu perlahan.


"Alieff.."rintihnya perlahan.


Alieff terus menarik lengan baju Junie menuju ke tempat yang agak terpencil.Junie hanya menurut.


"Shhh....Kenapa ni?Siapa buat kau macam ni?"soal Alieff lembut.


"Zer..kawan-kawan dia..Alieff...aku tak nak datang sekolah ni lagi..aku.."


"Shh..dahla tu.Sabar jela.Aku kan ada.I'll protect you,"pujuk Alieff.


Junie terus terdiam.Selang beberapa minit,suasana sunyi masih menyelubungi mereka.Junie akhirnya bersuara.


"Sorry,kau terpaksa dengar aku menangis macam ni.."ucap Junie perlahan.


Mukanya sudah merah padam.Alieff ketawa kecil.


"Takpe,aku faham.Nah,lap air mata kau tu.Hingus pun dah meleleh tu,"usik Alieff sambil menghulurkan sapu tangan berwarna biru lembut.


"Alieff!!"marah Junie.


Alieff hanya ketawa senang.


"Dahla tu.Asyik gelak je.Betul ke boleh pakai sapu tangan ni?Nanti aku basuh,lepas tu bagi kat kau balik.Yela,nanti geli pulak dengan hingus aku,"Junie menjeling Alieff.


Alieff ketawa lagi."Takdelah.Aku gurau je.Mana ada hingus meleleh.Ambik je sapu tangan ni,terus.Tak payah bagi balik.Kau lagi perlukan sapu tangan ni dari aku."ujar Alieff setelah tawanya reda.


"Thanks."Junie mengambil sapu tangan itu dari Alieff dan dilap perlahan air matanya.


"Jom,balik dengan aku.Mak aku boleh tolong hantarkan kau balik,"ajak Alieff,tiba-tiba.


"Tapi...."Belum sempat dia ingin membantah,Alieff sudah pun melangkah meninggalkannya.


Junie mengeluh perlahan dan terus berlari-lari anak,cuba menyamai langkah Alieff.Mereka bersama-sama menuju ke kereta Puan Junaidah.


End of Part 2

Sunday 13 December 2009

Bab 2: Pendedahan (Part 1)

           HARI itu merupakan hari terakhir persekolahan sebelum cuti semester pertama bermula.Hari kedua cuti semester pula merupakan hari jadi Junie dan May.May sibuk mengedarkan kad jemputan ke parti hari jadi mereka, kepada semua pelajar Tingkatan 2 dan juga kepada pelajar-pelajar senior dan junior yang rapat dengan May.Entah kenapa,sejak kebelakangan ini,Junie selalu gelisah dan tak senang duduk setiap kali dia memikirkan tentang parti hari jadi mereka.Kalau Zer nak buli dia,memang tak boleh sebab ibu bapa para pelajar yang dijemput,turut serta.


'Habis tu?Kenapa rasa tak sedap hati ni?'


"Woi Junie!"seseorang menepuk kuat bahunya.


"Oh,mak kau jerit woi!"latah Junie agak kuat.


Junie segera menoleh ke belakang.Pelajar junior tersebut tersengih.


"Sorry.Kirim salam dekat Kak May tau!"ujar pelajar tersebut dan terus berlalu.


Junie mendengus geram.Ini lagi satu perkara yang tidak disukainya.Bila tiba birthday mereka,ramai yang berbuat baik dengannya semata-mata untuk mendekati May dan juga untuk mendapatkan kad jemputan ke parti hari jadi mereka.


'Ni mesti May ada kat mana-mana ni.Tu yang dia tegur aku tu!'Mata Junie meliar ke sekeliling.


'Ha!Tu dia!Kan betul aku cakap!'


May sedang asyik bersembang dengan gengnya dalam jarak lebih kurang lima langkah dari Junie.May yang tersedar dirinya diperhatikan,segera menoleh dan melambai ke arah Junie.(Geng May,lima orang perempuan termasuk May)Kawan-kawan May turut menoleh dan memberi pandangan tajam kepadanya.Junie tersenyum kelat dan terus berpaling ke tempat lain.


"Junie!Mari sini kejap!"Junie terus mengangkat muka.


"Kak Emil!"jerit Junie terkejut.


Emillia tersenyum."Birthday Junie dengan May ke Sabtu ni?"soalnya sambil berjalan mendekati Junie.


Junie tersenyum."A'ah.May dah bagi kan kad jempuatan?"


Emillia mengangguk dan mengunjuk kad di tangannya.


"Habis tu?Kenapa Kak Emil tanya?Kak Emil tak nak datang ke?"


"Tengokla dulu.Cuti ni Kak Emil nak ikut Kak Mimi,dengan yang lain pergi bercuti dekat Johor.Ada orang sponsor trip tu...Nanti Kak Emil SMS ye?"ujarnya sambil tersenyum.


"Takpela kalau macam tu.Junie pergi dulu.Nak naik kelas,rehat dah nak habis dah ni.Assalamualaikum..."


 "Waalaikumsalam.."balas Emillia dan segera berlalu.


'Nila kakak senior yang aku minat.Dia baik and friendly.Dia pun tak suka ejek aku.'


Loceng menandakan waktu rehat sudah sudah tamat,berbunyi nyaring ketika Junie sedang  memanjat tangga blok tingkatan 2.Junie segera melajukan hayunan kakinya.


End of Part 1


p/s: sori part 1 yg ni pendek sgt..
nnti part yg lain saya bagi panjang2 sikit...
sori kalau tertunggu2..
baru balik dari vacation..

Sunday 6 December 2009

Bab1:Kenangan Silam (Part 7)

“TING!TONG!”Bunyi loceng tiba-tiba kedengaran sekaligus memecahkan layar ingatan Junie. Junie membelek dirinya yang sudah kembali menjadi manusia semula.



‘Aku mimpi ke?’Junie segera bangun dan mengibas punggungnya.


‘Baik aku balik sekarang.Nanti Ibu bising pulak.’


Junie terus berjalan menuju ke rumahnya.


’Dahla jauh.Dahaga pulak tu.Macam mana la aku boleh sampai sini.’


Rumah Zer memang jauh dari rumah Junie dan May.Selalunya kalau nak pergi rumah Zer diorang mesti naik kereta.Kalau nak jalan kaki atau naik basikal,memang ambil masa yang lama.”Pon!Pon!”Tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta dari belakang.Junie segera berpaling.Sebuah kereta Toyota Vios berwarna hitam berhenti betul-betul di sebelahnya. Alieff dan seorang wanita keluar dari kereta tersebut.


”Auntie...”Junie segera menerpa dan mencium tangan Puan Junaidah,ibu kepada Alieff yang memang dikenali rapat.


Alieff tinggal tiga beradik bersama ibunya.Ayah mereka pula bekerja dan menetap di Jepun dan sebulan sekali akan pulang menjenguk mereka.Alieff merupakan anak kedua.Kakaknya,Arissa akan melanjutkan pelajaran ke Ireland tidak lama lagi. Beza umur antara mereka ialah lima tahun. Adik Alieff,Anis, pula baru berumur tujuh tahun.


“Junie dari mana ni?”soal Puan Junaidah mesra sambil mengusap lembut kepala Junie yang dilitupi tudung.


”Ooh...saja jalan-jalan, tadi teman May pergi rumah Zer, sekarang ni nak balik.Auntie pulak?”terang Junie sopan.


’Sorry,auntie terpaksa bohong auntie.’Puan Junaidah tersenyum.


“Auntie ingat nak pergi rumah Junie sebab Alieff kata nak pinjam buku dari Junie. Alang-alang macam tu,Auntie ingat lawat mak Junie.May mana?”


“May dah pergi dah..dia kata ada hal sikit so dia balik dulu..”bohong Junie.


’Sorry sangat-sangat auntie..Junie taktau nak bagi alasan apa..Takkan nak bagitau yang aku tukar jadi burung lepas tu terbang-terbang, tau-tau dah ada kat sini...?’


”Hmm...takpelah kalau macam tu.Jom,kita pergi dengan kereta Auntie,”Puan Junaidah mempelawa Junie.


Junie melemparkan pandangan “Boleh ke?” ke arah Alieff. Alieff tersenyum dan mengangguk.Mereka kemudian menaiki kereta Puan Junaidah untuk ke rumah Junie.


“JUNIE!Junie pergi mana tadi,lambat balik ni?”Puan Sofia yang sibuk menyiram pokok,terus menerpa ke arah Junie sebaik saja ternampak kelibat anaknya itu.


”Eh!Junaidah!Masuklah!”Puan Sofia terus mempelawa mereka masuk dan memanggil May.


May berlari-lari anak ke ruang tamu.


”Ada apa....”Kata-katanya terhenti apabila terlihat Alieff dan ibunya sedang bersembang dengan Puan Sofia.Junie juga ada di situ.


”Ha,May! Kenapa tercegat lagi kat situ?Salamla dengan Auntie Junaidah ni.”arah Puan Sofia.


May mengukir senyuman manis dan bersalaman dengan Puan Junaidah.Kemudian dia terus melabuhkan punggung di sisi ibunya.Junie yang sedang kehausan dan penat,segera meminta diri.Puan Junaidah tersenyum dan mengangguk sementara Alieff memberi isyarat,mengingatkan Junie tentang buku yang hendak dipinjamnya.Junie tersenyum simpul dan segera beredar.Dia berlalu ke dapur untuk mengambil sebotol air sejuk dan gelas kemudian berlalu ke atas. Junie berehat sebentar untuk menghilangkan lelah. Junie turun ke bawah bersama buku yang diminta Alieff apabila ibunya memanggilnya turun,memandangkan Alieff dan Puan Junaidah hendak beransur pulang ke rumah mereka.


End of part 7
End of Chaiptre 1