Theme Songs 4 This Novel

Monday 21 December 2009

Bab 2-Pendedahan (Part 2)

             KETIKA pelajar-pelajar kelas 2 Elit sedang stress membuat latihan Matematik,seseorang membaling segumpal kertas kecil, tepat mengenai dahi Junie.Junie mendengus geram.Dia menoleh ke tepi, tapi semua pelajar sedang sibuk menyelesaikan masalah Matematik yang rumit itu.Junie meleraikan gumpalan kertas itu.


                 Macam mana?Jadi tak nak keluar petang ni?


                                                                                -Ruby-


'Ruby?Ni kawan May ni.'


"May,"panggil Junie perlahan.


"Hmm?""Ni ada surat untuk May.Sorry terbaca,"ucap Junie perlahan sambil menghulurkan kertas kecil itu.


"Mana?!Siapa suruh kau baca?!"May merampas kertas itu dari tangan Junie dengan kasar.


Suaranya ditinggikan sedikit.


'May ni kenapa?Junie dah mintak maaf kan tadi?Junie cuma nak tengok siapa penerima surat tu!"Marah Junie dengan nada yang sama.


"May!Junie!Jangan sembang!Siapkan latihan tu!"marah Puan Nora,guru Matematik mereka.


Kedua-duanya terus menikus.May sempat memberi jelingan tajam kepada Junie sebelum kembali menghadap buku latihannya.Junie hanya membiarkan saja perlakuan May.Dia masih tertanya-tanya dengan apa yang tertulis di dalam surat itu sebentar tadi.


'Keluar?Petang ni?Nak buat apa?Kenapa May marah sangat bila aku baca surat tu?Haih,penyibuk betul aku ni.'


            LOCENG sekolah berbunyi nyaring.Jam menunjukkan tepat pukul 2.10 petang.Cikgu Basyirah terus keluar dari kelas tanpa sepatah kata.Itulah sikap Cikgu Basyirah jika dia mengajar sebelum waktu balik.Para pelajar kelas 2 Elit berduyun-duyun keluar dari kelas.Masing-masing riuh berceloteh kepada rakan-rakan tentang apa yang ingin dilakukan sepanjang cuti sekolah nanti.Junie pula hanya mendiamkan diri sambil berjalan di sebelah May.Alieff dari lepas waktu rehat lagi,sudah menghilangkan diri.Sibuk dengan latihan basketball,maklumlah perlawanan dmakin dekat.Nasib baik Alieff jenis cepat tangkap apa yang dipelajarinya.Kalau tak,lingkup!Geng May pula menghilang entah ke mana.Ketika berjalan di koridor,Junie bertembung dengan Emillia.Mereka berbalas senyuman dan lambaian.May turut melemparkan senyuman mesra kepada Emillia.


"May!" tiba-tiba seseorang menarik lengan May.


May turut menarik tangan Junie supaya menunggunya,menyebabkan roadblock berlaku.Kebanyakan pelajar merungut tetapi kembali tersenyum apabila dilihat May dan Zer yang telah menyebabkan langkah mereka semua terhenti.Sememangnya mereka berdua digelar pasangan ideal dan cukup terkenal di kalangan para pelajar junior,juga senior.


"Ikut Zer kejap.Kawan-kawan May cari tadi,"pinta Zer lembut.


Mereka bertiga beralih ke tepi untuk memberi laluan kepada pelajar-pelajar lain.


"May bawak Junie sekali, boleh?"pinta May pula.


Zer melemparkan pandangan tajam ke arah Junie,yang membalasnya dengan senyuman sinis.Zer kembali menoleh ke arah May dan tersenyum mesra.


"Ikut suka Maylah,"ujar Zer.


Mereka beriringan berjalan ke arah belakang sekolah.Junie hanya mengikut dari belakang.Sebaik saja sampai,kawan-kawan May terus menarik May hilang dari pandangan Junie,sementara Junie ditinggalkan bersama-sama Zer, Fazrul, Akif, Danny dan Kamal.Junie mula berasa tidak selesa.


'May ni suka tinggal aku.Kenapalah aku ikut tadi?Dahla aku sorang je perempuan kat sini.'


Zer berjalan mendekati Junie.


"So,birthday kau kan lusa ni?Aku akan pastikan birthday kau yang kali ni is the worst!"Zer terus merentap kuat tudung Junie.


Junie menampar kuat pipi Zer.Dia berundur beberapa tapak ke belakang.Tudungnya yang hampir terlucut ditarik kembali ke depan.


"Kau ni kenapa?!Aku buat apa dekat kau sampai kau suka sangat kacau aku?!jerkah Junie geram.


Dia menepis kasar tangan Zer yang cuba menarik tudungnya lagi.Zer terus menangkap lengan Junie dan dicengkam kuat.


"Lepaskan aku!!!Sakitla!!"Junie menjerit kuat apabila Zer memulas lengannya.


Dipijak-pijaknya kaki Zer,berulang kali dengan sekuat hati.


"Sebab aku suka buli budak gemuk macam kau!Kau suka melawan pulak tu!Dan kau menyusahkan hidup May!Jadi,aku akan buli kau sampai kau sedar siapa diri kau tu di sisi May!"terang Zer satu-persatu.


Kakinya yang dipijak,tidak dihiraukan.Fazrul dan Danny menerpa lalu menyentap beg kecil Junie.Mereka menuang segala isi di dalam beg Junie.Junie meronta-ronta ingin melepaskan diri dari pegangan Zer tetapi tidak berjaya.Buku-buku Junie dikoyak.Kamal dan Akif pula menggunting-gunting beg dan pencil box milik Junie.Alat-alat tulis turut dipatahkan.Junie meraung kuat.Dia menendang celah kelangkang Zer dan ditolaknya Zer hingga terjatuh.


"Stop!Stop!!!"Jeritnya sekuat hati.


Masa terus terhenti.Semua benda yang bergerak turut terhenti.Junie menangis teresak-esak dan jatuh terjelepok.Dia mencabut rumput-rumput dengan ganas.


"I hate you! I hate you,Zer!! I hate you,May! I hate all of you!!!!"dia terus meraung kuat.


JUNIE cuba mengawal tangisannya.Setelah beberapa minit,tangisannya semakin reda.Beg yang sudah berlubang sana sini kerana digunting,diambil kasar dari tangan Akif yang tidak bergerak.Semua barang-barangya yang sudah rosak,dikutip satu-persatu dan dimasukkan ke dalam beg kecilnya.Dipeluk begnya erat untuk memastikan tiada barang-barang yang terjatuh melalui lubang-lubang yang dibuat oleh Akif pada beg kecilnya itu.Dia menuju ke pagar sekolah.Pelajar-pelajar yang lalu-lalang di koridor sekolah juga tidak bergerak.Burng-burung yang berterbangan di langit juga terhenti.Namun,semua itu tidak dihiraukannya.Air mata terus mengalir tidak henti-henti.


Masa kembali berjalan secara tiba-tiba.Pelajar-pelajar juga kembali bergerak seperti tiada apa yang terjadi.Junie tetap dalam dunia tangisannya dan tidak menghiraukan pandangan-pandangan aneh yang dilemparkan oleh pelajar-pelajar lain.Tiba-tiba seseorang melanggarnya agak kuat.Nasib baik tak jatuh terduduk.


"Sorry.Tak perasan tadi."pelajar tersebut segera meminta maaf.


'Suara tu!'Junie segera mengangkat muka.


"Eh,Jun! Kenapa ni?"tanya pelajar itu perlahan.


"Alieff.."rintihnya perlahan.


Alieff terus menarik lengan baju Junie menuju ke tempat yang agak terpencil.Junie hanya menurut.


"Shhh....Kenapa ni?Siapa buat kau macam ni?"soal Alieff lembut.


"Zer..kawan-kawan dia..Alieff...aku tak nak datang sekolah ni lagi..aku.."


"Shh..dahla tu.Sabar jela.Aku kan ada.I'll protect you,"pujuk Alieff.


Junie terus terdiam.Selang beberapa minit,suasana sunyi masih menyelubungi mereka.Junie akhirnya bersuara.


"Sorry,kau terpaksa dengar aku menangis macam ni.."ucap Junie perlahan.


Mukanya sudah merah padam.Alieff ketawa kecil.


"Takpe,aku faham.Nah,lap air mata kau tu.Hingus pun dah meleleh tu,"usik Alieff sambil menghulurkan sapu tangan berwarna biru lembut.


"Alieff!!"marah Junie.


Alieff hanya ketawa senang.


"Dahla tu.Asyik gelak je.Betul ke boleh pakai sapu tangan ni?Nanti aku basuh,lepas tu bagi kat kau balik.Yela,nanti geli pulak dengan hingus aku,"Junie menjeling Alieff.


Alieff ketawa lagi."Takdelah.Aku gurau je.Mana ada hingus meleleh.Ambik je sapu tangan ni,terus.Tak payah bagi balik.Kau lagi perlukan sapu tangan ni dari aku."ujar Alieff setelah tawanya reda.


"Thanks."Junie mengambil sapu tangan itu dari Alieff dan dilap perlahan air matanya.


"Jom,balik dengan aku.Mak aku boleh tolong hantarkan kau balik,"ajak Alieff,tiba-tiba.


"Tapi...."Belum sempat dia ingin membantah,Alieff sudah pun melangkah meninggalkannya.


Junie mengeluh perlahan dan terus berlari-lari anak,cuba menyamai langkah Alieff.Mereka bersama-sama menuju ke kereta Puan Junaidah.


End of Part 2

No comments:

Post a Comment