Theme Songs 4 This Novel

Wednesday 30 December 2009

Bab 2:Pendedahan (Part 3)

           SAMPAI saja di rumah,Junie hanya memerap di dalam bilik.Puan Sofia dan May yang baru pulang,langsung tidak dihiraukan.


"Junie!Junie!Bukak pintu ni!"Junie yang sedang menyiapkan kerja sekolah,tersentak.


"Junie! Kenapa degil sangat ni?!Asyik tinggal May sorang-sorang dekat sekolah tu kenapa?!Junie tak tahu ke Ibu penat kerja,datang ambik Junie dengan May, lepas tu tengok-tengok May je yang ada kat sekolah tu! Nasib baik ada orang nampak Junie balik dengan Alieff.Tak reti-reti nak tunggu Ibu datang ambik ke yang nak kena tumpang Alieff tu? Ke gatal sangat nak bercinta dengan Alieff?! Junie,bukakla pintu ni!"Bebel Puan Sofia geram.


Junie mengeluh perlahan.Air mata yang mula menitis kerana tuduhan yang dilemparkan ibunya,diseka pantas.Perlahan-lahan dia melangkah ke arah pintu dan membukanya.


"Ha!Jawabla apa yang ibu tanya tadi!"jerkah Puan Sofia.


"Mum,dahla tu,"pujuk May yang baru naik ke tingkat atas.May memeluk perlahan lengan ibunya."Ada orang datangla Mum..."


"Ada orang datang?Siapa?"soal Puan Sofia.Perhatiannya sudah beralih kepada May.


"Auntie Junaidah dengan Alieff.Diorang datang sebab Auntie Jun nak bincang something dengan Mum.May dah ajak diorang duduk kat ruang tengah."jelas May lagi.


"Hmm..Ibu turun dulu.Junie,nanti Ibu nak dengar penjelasan Junie pasal hal ni,"arah Puan Sofia,tegas.Junie hanya mengangguk.Puan Sofia terus turun ke bawah.


"Alieff nak jumpa Junie.May nak keluar dengan kawan-kawan May kejap.Kalau Mum tanya,cakap je tak tau.Nanti May balikla,"arah May pula.


Sekali lagi,Junie hanya mengangguk.May turut berlalu ke bawah.Junie pula kembali masuk ke dalam bilik.Dia menukar baju kepada baju berlengan panjang dan memakai tudung dengan kemas.Kemudian,dia turun ke bawah.Ibunya dan Auntie Junaidah sedang sibuk berbincang.Junie terus keluar dan didapati Alieff sedang bermain-main dengan kucing parsi kesayangan mereka,Tubby.May pula sedang bersembang dengan Zer di depan pagar,sebelum mereka berlalu pergi dengan menaiki kereta Mercedez warna hitam.


'Patutla marah sangat aku tengok surat dia tadi. Nak pergi date dengan Zer rupanya.Keluar dengan 'kawan-kawan' sangatla tu.'


Zer.


Nama itu mengingatkannya tentang kejadian di sekolah sebentar tadi.Hatinya kembali menangis.


"Jun!"Panggilan Alieff mematikan lamunannya.Junie tersenyum kecil.


"Jom,duduk dekat taman."ajak Junie tenang walaupun hatinya terasa amat sakit.


Hakikatnya,Alieff memang lebih kacak berbanding Zer tetapi oleh kerana sikapnya yang serius,jarang tersenyum,suka bersendiri dan jarang berbual dengan orang lain,ketampanannya kurang menyerlah.Tapi itu pun tetap popular!


"Ada apa kau nak jumpa aku?"soal Junie serius.


"Takkanla nak jumpa kawan baik aku pun tak boleh,"gurau Alieff.


Junie tersenyum simpul."Takdela.Aku tanya je,"


"Aku dah bagitau kat mak kau kenapa kau balik dengan aku hari ni,"


Junie terdiam."Er....Kau dengar ke apa yang mak aku cakap tadi?"soalnya teragak-agak.


"Dengar.Tapi kau jangan risau,umi aku tak dengar pun.Dia tengah sibuk sembang dengan abi aku dalam telefon tadi."ujar Alieff.


Junie mengeluh perlahan."Sorryla kau terbabit sekali dalam hal ni,"


"Ooh..yang Ibu kau cakap kau gatal nak bercinta dengan aku tu?Apa salahnya,kot-kotla jadi,"usik Alieff sambil tersenyum nakal.


"Hoi!Kau jangan nak mengada-ngada!"Junie menjerit kecil seraya membaling daun kering ke arah Alieff.


Meledak ketawa Alieff melihat muka Junie menjadi merah padam apabila diusik.Itu antara sebab dia suka usik Junie,nampak comel bila pipi tembam dia merona merah lepas tu marah main-main.Perbualan mereka semakin rancak,diselang-seli dengan gelak tawa.Tidak sedikit pun menyentuh tentang sebab Junie menangis walaupun hati Alieff meronta ingin tahu.


'Biarlah dia happy-happy dulu,'gumam hati kecil Alieff.


              HARI ini merupakan hari jadi May dan Junie.Hampir kesemua pelajar yang dijemput ke parti hari jadi mereka,hadir.Junie hanya berkurung di dalam bilik walaupun majlis sudah hendak dimulakan.


"Junie!Ada orang nak jumpa!Keluar cepat!"panggil Puan Sofia dari luar bilik.


"Ok!"balas Junie,lemah.


Badannya panas,terasa seperti hendak demam.Dia mengikat rambutnya yang kusut-masai dan menyarung tudung lalu membuka pintu.


"Aik?Takde orang pun.Ibu.."baru saja dia ingin melaung,terus terhenti sebaik saja melihat kelibat seseorang.


Seseorang yang sangat tidak dijangka.


"Kak Emil!"jerit Junie,kaget.


Emillia hanya tersenyum melihat Junie yang terkejut melihatnya.


"Kenapa?Terkejut?Surprise!"ucap Emillia sambil menghulurkan hadiah teddy bear putih yang besarnya seperti bantal peluk sederhana panjang.


"Happy birthday Junie.Semoga panjang umur dan murah rezeki,"ucap Emillia.


Junie teragak-agak menyambut hadiah tersebut.Perlahan-lahan terukir senyuman manis.


"Terima kasih.Arigatou gozaimasu.Comelnya....Tak payahla susah-susah beli hadiah besar-besar.Mesti mahal kan?"Junie memeluk erat teddy bear tersebut.


"Taklah.Lagipun nikan birthday Junie.Mestilah kena dapat hadiah yang best.Barula seronok.Nanti birthday akak,Junie bagila pulak hadiah besar-besar,"usiknya.


Mereka ketawa.


"Jom duduk,"ajak Junie dan melangkah ke ruang rehat yang terletak di tingkat atas berdekatan bilik Junie.


"Kenapa Junie tak turun?Majlis rasanya dah nak mula kan?"soal Emillia sebaik saja mereka melabuhkan punggung di sofa yang terdapat di ruang rehat tersebut.


"Junie nak duduk dalam bilik kejap.Nanti Junie turunlah,"dalih Junie.


Emillia hanya mengangguk walaupun hatinya masih ragu-ragu.Junie segera mengubah topik perbualan.


"Ni kenapa Kak Emil datang sini ni?Kata nak pegi Johor,"


"Tak boleh datang ke?Taklah,Kak Emil memang nak pegi Johor tapi lusa.Saja bohong Junie, nak buat surprise,"terang Emillia sambil menjelir lidah.


"Ooo...nak tipu orang,eh?"


Mereka berdua ketawa riang.Tiba-tiba May naik diikuti dengan Zer dan Alieff.Ketawa mereka terus terhenti.


"Em..Kak Emil,boleh tak tinggalkan kitorang semua?Kak Emil turunla dulu, ye?"pinta May sopan.


Emillia menoleh ke arah Junie.


"Sorry ye, Kak Emil?Kak Emil turunla makan dulu ye?"ujar Junie pula,walaupun dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang bakal berlaku.


Emillia mengangguk dan tersenyum.Dia melambai ke arah Junie dan terus berlalu.


"Junie,kenapa tak turun?Party dah mula.Jom turun,"pujuk May sambil menarik lengan Junie,lembut.


"Takpelah.May turun dulu.Nanti Junie turun,"tolak Junie perlahan sambil memicit kepalanya yang tiba-tiba saja pening.


"Janji?"


"Janji,"ucapnya lemah.


May tersenyum puas dan berlalu.Kemudian,Zer pula mendekatinya.Kepalanya semakin pening dan matanya pedih dan panas.


"Aku nak cakap sikit je.Today,you'll know the truth,"dan dengan itu Zer terus berlalu.


Kepalanya berdenyut-denyut dan terasa sangat berat.Perutnya memulas dan dia mula berpeluh.


'Teka-teki apa lagi ni?'


"Jun,kau okey?"suara lembut Alieff meringankan sedikit beban kepalanya.


Sememangnya Alieff sering menjaga hatinya.Alieff memang baik tapi entah kenapa hati Junie tidak pernah tercuit dengan sikap Alieff terhadapnya sebaliknya,dia menyukai Zer yang suka bersikap kasar terhadap Junie.Junie hanya mengangguk,membalas pertanyaan Alieff.


"Aku pun nak cakap sikit je.Aku.."kata-kata Alieff terhenti.


"Aku apa Alieff?"Junie mendongak memandang Alieff.


"Kata-kata aku sama dengan Zer,Jun.Kau akan tahu kebenarannya hari ini,Jun,"ujar Alieff,lembut.


"Kebenaran?Kebenaran apa,Alieff?"soal Junie,lemah.


Suaranya hampir-hampir saja tidak kedengaran.Dia berasa sangat letih sekarang.Tiba-tiba telefon bimbit Alieff berbunyi.


"Kejap,"Alieff segera berlalu ke tempat yang aak tersembunyi.


Junie hanya membiarkan Leo.Dia memejamkan matanya.


"Penat,"gumamnya perlahan dan pandangannya menjadi hitam.


Sementara itu,"Agent 144,bawak Junie ke sini.Dengan Agent 575 sekali,"


"Baiklah,"balas Agent 144 pendek.


Dia memicit butang di cermin mata hitamnya.Talian terputus.Kemudian,dia memicit butang-butang di alat yang terdapat di lengannya.Tidak lama kemudian,hologram Agent 575 terpancar dari cermin mata hitamnya.


"We've got to go,"pendek pesanan Agent 144 dan talian terus dimatikan.


Dia beralih ke belakang dan merenung Junie yang sudah terlelap di sofa kerana ditabur dengan serbuk tidur.

End of Part 3
P/S:sori lmbt post new n3..harap tak bosan menunggu..sibuk sikit sekarang ni.Nak online pun tak sempat.So,enjoy this new part...!Nanti saya akan post last part bab 2..enjoy! =DDD

Monday 21 December 2009

Bab 2-Pendedahan (Part 2)

             KETIKA pelajar-pelajar kelas 2 Elit sedang stress membuat latihan Matematik,seseorang membaling segumpal kertas kecil, tepat mengenai dahi Junie.Junie mendengus geram.Dia menoleh ke tepi, tapi semua pelajar sedang sibuk menyelesaikan masalah Matematik yang rumit itu.Junie meleraikan gumpalan kertas itu.


                 Macam mana?Jadi tak nak keluar petang ni?


                                                                                -Ruby-


'Ruby?Ni kawan May ni.'


"May,"panggil Junie perlahan.


"Hmm?""Ni ada surat untuk May.Sorry terbaca,"ucap Junie perlahan sambil menghulurkan kertas kecil itu.


"Mana?!Siapa suruh kau baca?!"May merampas kertas itu dari tangan Junie dengan kasar.


Suaranya ditinggikan sedikit.


'May ni kenapa?Junie dah mintak maaf kan tadi?Junie cuma nak tengok siapa penerima surat tu!"Marah Junie dengan nada yang sama.


"May!Junie!Jangan sembang!Siapkan latihan tu!"marah Puan Nora,guru Matematik mereka.


Kedua-duanya terus menikus.May sempat memberi jelingan tajam kepada Junie sebelum kembali menghadap buku latihannya.Junie hanya membiarkan saja perlakuan May.Dia masih tertanya-tanya dengan apa yang tertulis di dalam surat itu sebentar tadi.


'Keluar?Petang ni?Nak buat apa?Kenapa May marah sangat bila aku baca surat tu?Haih,penyibuk betul aku ni.'


            LOCENG sekolah berbunyi nyaring.Jam menunjukkan tepat pukul 2.10 petang.Cikgu Basyirah terus keluar dari kelas tanpa sepatah kata.Itulah sikap Cikgu Basyirah jika dia mengajar sebelum waktu balik.Para pelajar kelas 2 Elit berduyun-duyun keluar dari kelas.Masing-masing riuh berceloteh kepada rakan-rakan tentang apa yang ingin dilakukan sepanjang cuti sekolah nanti.Junie pula hanya mendiamkan diri sambil berjalan di sebelah May.Alieff dari lepas waktu rehat lagi,sudah menghilangkan diri.Sibuk dengan latihan basketball,maklumlah perlawanan dmakin dekat.Nasib baik Alieff jenis cepat tangkap apa yang dipelajarinya.Kalau tak,lingkup!Geng May pula menghilang entah ke mana.Ketika berjalan di koridor,Junie bertembung dengan Emillia.Mereka berbalas senyuman dan lambaian.May turut melemparkan senyuman mesra kepada Emillia.


"May!" tiba-tiba seseorang menarik lengan May.


May turut menarik tangan Junie supaya menunggunya,menyebabkan roadblock berlaku.Kebanyakan pelajar merungut tetapi kembali tersenyum apabila dilihat May dan Zer yang telah menyebabkan langkah mereka semua terhenti.Sememangnya mereka berdua digelar pasangan ideal dan cukup terkenal di kalangan para pelajar junior,juga senior.


"Ikut Zer kejap.Kawan-kawan May cari tadi,"pinta Zer lembut.


Mereka bertiga beralih ke tepi untuk memberi laluan kepada pelajar-pelajar lain.


"May bawak Junie sekali, boleh?"pinta May pula.


Zer melemparkan pandangan tajam ke arah Junie,yang membalasnya dengan senyuman sinis.Zer kembali menoleh ke arah May dan tersenyum mesra.


"Ikut suka Maylah,"ujar Zer.


Mereka beriringan berjalan ke arah belakang sekolah.Junie hanya mengikut dari belakang.Sebaik saja sampai,kawan-kawan May terus menarik May hilang dari pandangan Junie,sementara Junie ditinggalkan bersama-sama Zer, Fazrul, Akif, Danny dan Kamal.Junie mula berasa tidak selesa.


'May ni suka tinggal aku.Kenapalah aku ikut tadi?Dahla aku sorang je perempuan kat sini.'


Zer berjalan mendekati Junie.


"So,birthday kau kan lusa ni?Aku akan pastikan birthday kau yang kali ni is the worst!"Zer terus merentap kuat tudung Junie.


Junie menampar kuat pipi Zer.Dia berundur beberapa tapak ke belakang.Tudungnya yang hampir terlucut ditarik kembali ke depan.


"Kau ni kenapa?!Aku buat apa dekat kau sampai kau suka sangat kacau aku?!jerkah Junie geram.


Dia menepis kasar tangan Zer yang cuba menarik tudungnya lagi.Zer terus menangkap lengan Junie dan dicengkam kuat.


"Lepaskan aku!!!Sakitla!!"Junie menjerit kuat apabila Zer memulas lengannya.


Dipijak-pijaknya kaki Zer,berulang kali dengan sekuat hati.


"Sebab aku suka buli budak gemuk macam kau!Kau suka melawan pulak tu!Dan kau menyusahkan hidup May!Jadi,aku akan buli kau sampai kau sedar siapa diri kau tu di sisi May!"terang Zer satu-persatu.


Kakinya yang dipijak,tidak dihiraukan.Fazrul dan Danny menerpa lalu menyentap beg kecil Junie.Mereka menuang segala isi di dalam beg Junie.Junie meronta-ronta ingin melepaskan diri dari pegangan Zer tetapi tidak berjaya.Buku-buku Junie dikoyak.Kamal dan Akif pula menggunting-gunting beg dan pencil box milik Junie.Alat-alat tulis turut dipatahkan.Junie meraung kuat.Dia menendang celah kelangkang Zer dan ditolaknya Zer hingga terjatuh.


"Stop!Stop!!!"Jeritnya sekuat hati.


Masa terus terhenti.Semua benda yang bergerak turut terhenti.Junie menangis teresak-esak dan jatuh terjelepok.Dia mencabut rumput-rumput dengan ganas.


"I hate you! I hate you,Zer!! I hate you,May! I hate all of you!!!!"dia terus meraung kuat.


JUNIE cuba mengawal tangisannya.Setelah beberapa minit,tangisannya semakin reda.Beg yang sudah berlubang sana sini kerana digunting,diambil kasar dari tangan Akif yang tidak bergerak.Semua barang-barangya yang sudah rosak,dikutip satu-persatu dan dimasukkan ke dalam beg kecilnya.Dipeluk begnya erat untuk memastikan tiada barang-barang yang terjatuh melalui lubang-lubang yang dibuat oleh Akif pada beg kecilnya itu.Dia menuju ke pagar sekolah.Pelajar-pelajar yang lalu-lalang di koridor sekolah juga tidak bergerak.Burng-burung yang berterbangan di langit juga terhenti.Namun,semua itu tidak dihiraukannya.Air mata terus mengalir tidak henti-henti.


Masa kembali berjalan secara tiba-tiba.Pelajar-pelajar juga kembali bergerak seperti tiada apa yang terjadi.Junie tetap dalam dunia tangisannya dan tidak menghiraukan pandangan-pandangan aneh yang dilemparkan oleh pelajar-pelajar lain.Tiba-tiba seseorang melanggarnya agak kuat.Nasib baik tak jatuh terduduk.


"Sorry.Tak perasan tadi."pelajar tersebut segera meminta maaf.


'Suara tu!'Junie segera mengangkat muka.


"Eh,Jun! Kenapa ni?"tanya pelajar itu perlahan.


"Alieff.."rintihnya perlahan.


Alieff terus menarik lengan baju Junie menuju ke tempat yang agak terpencil.Junie hanya menurut.


"Shhh....Kenapa ni?Siapa buat kau macam ni?"soal Alieff lembut.


"Zer..kawan-kawan dia..Alieff...aku tak nak datang sekolah ni lagi..aku.."


"Shh..dahla tu.Sabar jela.Aku kan ada.I'll protect you,"pujuk Alieff.


Junie terus terdiam.Selang beberapa minit,suasana sunyi masih menyelubungi mereka.Junie akhirnya bersuara.


"Sorry,kau terpaksa dengar aku menangis macam ni.."ucap Junie perlahan.


Mukanya sudah merah padam.Alieff ketawa kecil.


"Takpe,aku faham.Nah,lap air mata kau tu.Hingus pun dah meleleh tu,"usik Alieff sambil menghulurkan sapu tangan berwarna biru lembut.


"Alieff!!"marah Junie.


Alieff hanya ketawa senang.


"Dahla tu.Asyik gelak je.Betul ke boleh pakai sapu tangan ni?Nanti aku basuh,lepas tu bagi kat kau balik.Yela,nanti geli pulak dengan hingus aku,"Junie menjeling Alieff.


Alieff ketawa lagi."Takdelah.Aku gurau je.Mana ada hingus meleleh.Ambik je sapu tangan ni,terus.Tak payah bagi balik.Kau lagi perlukan sapu tangan ni dari aku."ujar Alieff setelah tawanya reda.


"Thanks."Junie mengambil sapu tangan itu dari Alieff dan dilap perlahan air matanya.


"Jom,balik dengan aku.Mak aku boleh tolong hantarkan kau balik,"ajak Alieff,tiba-tiba.


"Tapi...."Belum sempat dia ingin membantah,Alieff sudah pun melangkah meninggalkannya.


Junie mengeluh perlahan dan terus berlari-lari anak,cuba menyamai langkah Alieff.Mereka bersama-sama menuju ke kereta Puan Junaidah.


End of Part 2

Sunday 13 December 2009

Bab 2: Pendedahan (Part 1)

           HARI itu merupakan hari terakhir persekolahan sebelum cuti semester pertama bermula.Hari kedua cuti semester pula merupakan hari jadi Junie dan May.May sibuk mengedarkan kad jemputan ke parti hari jadi mereka, kepada semua pelajar Tingkatan 2 dan juga kepada pelajar-pelajar senior dan junior yang rapat dengan May.Entah kenapa,sejak kebelakangan ini,Junie selalu gelisah dan tak senang duduk setiap kali dia memikirkan tentang parti hari jadi mereka.Kalau Zer nak buli dia,memang tak boleh sebab ibu bapa para pelajar yang dijemput,turut serta.


'Habis tu?Kenapa rasa tak sedap hati ni?'


"Woi Junie!"seseorang menepuk kuat bahunya.


"Oh,mak kau jerit woi!"latah Junie agak kuat.


Junie segera menoleh ke belakang.Pelajar junior tersebut tersengih.


"Sorry.Kirim salam dekat Kak May tau!"ujar pelajar tersebut dan terus berlalu.


Junie mendengus geram.Ini lagi satu perkara yang tidak disukainya.Bila tiba birthday mereka,ramai yang berbuat baik dengannya semata-mata untuk mendekati May dan juga untuk mendapatkan kad jemputan ke parti hari jadi mereka.


'Ni mesti May ada kat mana-mana ni.Tu yang dia tegur aku tu!'Mata Junie meliar ke sekeliling.


'Ha!Tu dia!Kan betul aku cakap!'


May sedang asyik bersembang dengan gengnya dalam jarak lebih kurang lima langkah dari Junie.May yang tersedar dirinya diperhatikan,segera menoleh dan melambai ke arah Junie.(Geng May,lima orang perempuan termasuk May)Kawan-kawan May turut menoleh dan memberi pandangan tajam kepadanya.Junie tersenyum kelat dan terus berpaling ke tempat lain.


"Junie!Mari sini kejap!"Junie terus mengangkat muka.


"Kak Emil!"jerit Junie terkejut.


Emillia tersenyum."Birthday Junie dengan May ke Sabtu ni?"soalnya sambil berjalan mendekati Junie.


Junie tersenyum."A'ah.May dah bagi kan kad jempuatan?"


Emillia mengangguk dan mengunjuk kad di tangannya.


"Habis tu?Kenapa Kak Emil tanya?Kak Emil tak nak datang ke?"


"Tengokla dulu.Cuti ni Kak Emil nak ikut Kak Mimi,dengan yang lain pergi bercuti dekat Johor.Ada orang sponsor trip tu...Nanti Kak Emil SMS ye?"ujarnya sambil tersenyum.


"Takpela kalau macam tu.Junie pergi dulu.Nak naik kelas,rehat dah nak habis dah ni.Assalamualaikum..."


 "Waalaikumsalam.."balas Emillia dan segera berlalu.


'Nila kakak senior yang aku minat.Dia baik and friendly.Dia pun tak suka ejek aku.'


Loceng menandakan waktu rehat sudah sudah tamat,berbunyi nyaring ketika Junie sedang  memanjat tangga blok tingkatan 2.Junie segera melajukan hayunan kakinya.


End of Part 1


p/s: sori part 1 yg ni pendek sgt..
nnti part yg lain saya bagi panjang2 sikit...
sori kalau tertunggu2..
baru balik dari vacation..

Sunday 6 December 2009

Bab1:Kenangan Silam (Part 7)

“TING!TONG!”Bunyi loceng tiba-tiba kedengaran sekaligus memecahkan layar ingatan Junie. Junie membelek dirinya yang sudah kembali menjadi manusia semula.



‘Aku mimpi ke?’Junie segera bangun dan mengibas punggungnya.


‘Baik aku balik sekarang.Nanti Ibu bising pulak.’


Junie terus berjalan menuju ke rumahnya.


’Dahla jauh.Dahaga pulak tu.Macam mana la aku boleh sampai sini.’


Rumah Zer memang jauh dari rumah Junie dan May.Selalunya kalau nak pergi rumah Zer diorang mesti naik kereta.Kalau nak jalan kaki atau naik basikal,memang ambil masa yang lama.”Pon!Pon!”Tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta dari belakang.Junie segera berpaling.Sebuah kereta Toyota Vios berwarna hitam berhenti betul-betul di sebelahnya. Alieff dan seorang wanita keluar dari kereta tersebut.


”Auntie...”Junie segera menerpa dan mencium tangan Puan Junaidah,ibu kepada Alieff yang memang dikenali rapat.


Alieff tinggal tiga beradik bersama ibunya.Ayah mereka pula bekerja dan menetap di Jepun dan sebulan sekali akan pulang menjenguk mereka.Alieff merupakan anak kedua.Kakaknya,Arissa akan melanjutkan pelajaran ke Ireland tidak lama lagi. Beza umur antara mereka ialah lima tahun. Adik Alieff,Anis, pula baru berumur tujuh tahun.


“Junie dari mana ni?”soal Puan Junaidah mesra sambil mengusap lembut kepala Junie yang dilitupi tudung.


”Ooh...saja jalan-jalan, tadi teman May pergi rumah Zer, sekarang ni nak balik.Auntie pulak?”terang Junie sopan.


’Sorry,auntie terpaksa bohong auntie.’Puan Junaidah tersenyum.


“Auntie ingat nak pergi rumah Junie sebab Alieff kata nak pinjam buku dari Junie. Alang-alang macam tu,Auntie ingat lawat mak Junie.May mana?”


“May dah pergi dah..dia kata ada hal sikit so dia balik dulu..”bohong Junie.


’Sorry sangat-sangat auntie..Junie taktau nak bagi alasan apa..Takkan nak bagitau yang aku tukar jadi burung lepas tu terbang-terbang, tau-tau dah ada kat sini...?’


”Hmm...takpelah kalau macam tu.Jom,kita pergi dengan kereta Auntie,”Puan Junaidah mempelawa Junie.


Junie melemparkan pandangan “Boleh ke?” ke arah Alieff. Alieff tersenyum dan mengangguk.Mereka kemudian menaiki kereta Puan Junaidah untuk ke rumah Junie.


“JUNIE!Junie pergi mana tadi,lambat balik ni?”Puan Sofia yang sibuk menyiram pokok,terus menerpa ke arah Junie sebaik saja ternampak kelibat anaknya itu.


”Eh!Junaidah!Masuklah!”Puan Sofia terus mempelawa mereka masuk dan memanggil May.


May berlari-lari anak ke ruang tamu.


”Ada apa....”Kata-katanya terhenti apabila terlihat Alieff dan ibunya sedang bersembang dengan Puan Sofia.Junie juga ada di situ.


”Ha,May! Kenapa tercegat lagi kat situ?Salamla dengan Auntie Junaidah ni.”arah Puan Sofia.


May mengukir senyuman manis dan bersalaman dengan Puan Junaidah.Kemudian dia terus melabuhkan punggung di sisi ibunya.Junie yang sedang kehausan dan penat,segera meminta diri.Puan Junaidah tersenyum dan mengangguk sementara Alieff memberi isyarat,mengingatkan Junie tentang buku yang hendak dipinjamnya.Junie tersenyum simpul dan segera beredar.Dia berlalu ke dapur untuk mengambil sebotol air sejuk dan gelas kemudian berlalu ke atas. Junie berehat sebentar untuk menghilangkan lelah. Junie turun ke bawah bersama buku yang diminta Alieff apabila ibunya memanggilnya turun,memandangkan Alieff dan Puan Junaidah hendak beransur pulang ke rumah mereka.


End of part 7
End of Chaiptre 1










Thursday 3 December 2009

Bab 1-Kenangan Silam (Part 6)

TEPAT pukul 5.00 petang,selepas mereka sekeluarga selesai menunaikan solat Asar berjemaah, Junie dan May keluar untuk bersiar-siar di sekitar taman perumahan mereka dengan menaiki basikal masing-masing. Itulah rutin harian mereka setiap petang. Selang setengah jam mereka bersiar-siar,tiba-tiba Junie memberhentikan basikalnya.



”Kenapa Junie?”soal May, hairan.


Dia turut memberhentikan basikalnya di sebelah Junie.


”May jalanlah dulu. Nanti ada orang cakap badak air jalan dengan bidadari pulak.”ucap Junie sinis sambil menjeling ke arah sekumpulan remaja yang sedang rancak bersembang di depan pagar rumah banglo yang tersergam indah.


”Junie…janganlah cakap macam tu.Diorang tu kawan-kawan May.Diorang mesti takkan ejek Junie kalau May ade..”ujar May.


Junie mencebik


“Taulah May tu bos pun…Tapi kan May,walaupun diorang dah banyak kali ejek and buli Junie,May tetap kawan dengan diorang kan?”sindir Junie dan segera mengayuh basikalnya, meninggalkan May.


Dia mengayuh selaju yang mungkin sambil sedaya upaya mengelak batu-batu kecil yang dibaling oleh kumpulan tersebut.Nasib baik batu-batu tu tak tajam,kalau tak memang luka.Tapi kadang-kadang lebam jugak kaki dia kena batu.Tiba-tiba seekor kucing melintas di hadapannya.Dia menjerit nyaring dan segera mengelak daripada melanggar kucing tersebut.Junie hilang kawalan dan tergelincir.Dalam masa beberapa saat saja lagi,dia akan jatuh ke dalam longkang.


’Ya ALLAH!’Terlintas di fikirannya burung merpati dan secara tiba-tiba dia terangkat ke atas.Dari atas dia dapat melihat basikalnya jatuh di tepi longkang.Junie memandang sekeliling.


’Macam mana aku boleh ada kat atas?’


Dia memandang tangannya yang sudah bertukar menjadi sayap berwarna merah.Junie ingin menjerit tetapi hanya bunyi burung yang kedengaran.Dia hilang imbangan lalu jatuh.Seorang budak lelaki segera menangkapnya yang masih bingung.


”Kur…kur….”Junie memandang sayu ke arah budak itu.


”Saya nak tunjuk awak kat mak dan ayah saya,” ujar budak lelaki tersebut dan memanggil ibunya.


”Ibu!tengok apa yang Aiman jumpa!”jerit budak lelaki itu riang.


Sebaik sahaja Aiman mambuka tangannya untuk menunjukkan Junie kepada ibunya,Junie segera mengepakkkan sayapnya dan terbang ke atas.Setelah memastikan yang dia sudah benar-benar jauh dari rumah budak tadi,Junie berhenti di atas ‘rear mirror’ sebuah kereta dan melihat dirinya di dalam cermin.


”Ark!”Dia menjerit (tapi bunyi burungla) apabila melihat dirinya sudah bertukar menjadi burung merpati dan yang peliknya,seluruh bulunya berwarna merah.Dia segera terbang ke arah lain dan semakin jauh dari rumahnya.Junie berhenti berehat di atas tembok yang mengelilingi sebuah rumah berkembar satu tingkat.


’Macam kenal je rumah ni..rumah siapa ek?’Junie mengetuk-ngetuk kepalanya dengan sayap miliknya.


’Rumah Zer!’Junie terus terjatuh dari tembok rumah tersebut.


’Aduh…’Junie mengepak-ngepakkan sayapnya dan kembali berdiri di atas kaki burungnya itu.Kenangan lalu menerpa di ingatannya….


Hari itu merupakan hari jadi Zer yang ke-13 iaitu pada13 April,hari Sabtu.Zer menjemput semua orang kecuali Junielah,of course! Tapi May tetap beria-ia ingin menghadiri majlis tersebut bersama-sama Junie.Jadi,Junie pun ikutlah. Ketika mereka keluar dari kereta,terdapat dua pandangan berbeza.Satu terpesona dan satu lagi jijik.Tau-taulah siapa dapat pandangan apa.Junie cuba menyabarkan dirinya dan berjalan beriringan dengan May.


”May!Kenapa lambat….”Tiba-tiba Zer menerpa dan kata-katanya terhenti apabila melihat Junie. Dia tersenyum sinis.


”Well,well,well.Look who’s here.The Beauty and The Beast!,”sindir Zer.


“Zer!”May memarahi Zer dan segera menarik lengan baju Zer ke arah lain.


Junie mendengus geram dan segera mengatur langkah ke arah pagar.Dia ingin balik ke rumah secepat mungkin,walaupun dia terpaksa berjalan kaki.


”Junie!”langkah Junie terhenti.


May segera mendekatinya dan menarik Junie ke dalam.Sebaik saja Junie masuk,muzik yang dimainkan terus terhenti.Tetapi apabila May pula masuk,muzik slow dance dimainkan,dan Junie yang berada di hadapannya ditolak kasar oleh dua orang perempuan.May cuba membantu tapi Zer tiba-tiba datang dan menghulurkan tangannya.


”Shall we?”soal Zer sambil tersenyum mesra.May menyambut tangan Zer dan mereka berjalan beririnagn ke arah meja yang disediakan khas untuk May.Junie yang terjatuh di atas timbunan sampah mengeluh dan perlahan-lahan bangun.


’Kenapala aku malang sangat hari ni?’


Baju barunya sudah dikotori dengan sisa-sisa sampah.Junie mengelip-ngelipkan matanya beberpa kali,cuba menghalang air mata yang ingin mencuri keluar.Baju kurung sutera putih itu adalah hadiah daripada arwah ayahnya .Begitu juga dengan selendang hitam yang dipakainya.Pakaian itu dibeli sehari sebelum Encik Hariz bertolak ke Mesir,empat tahun yang lalu.Dia memang sayang untuk memakainya jadi dia hanya menyimpan baju itu di dalam almari.Dan hari ini,dia memakai baju tersebut atas desakan Puan Sofia dan May.


’Kenapala aku ikut cakap Ibu dan May?dan kenapa jugakla aku datng kat parti ni?!’


Junie segera melangkah ke muka pintu,tapi lengannya tiba-tiba ditarik.Dia segera menoleh ke belakang.Zer!


”Hai,cepatnya balik?Takkan nak tinggalkan May sorang-sorang dekat sini?Kesian dia..Lagipun...”


Zer mendekatkan mukanya dan berbisik,”The game had just begin,”dia tersenyum sinis dan berlalu ke tempat kek.


”Okay everyone! Kita nak mulakan acara potong kek!Saya akan mempersilakan tetamu utama kita pada petang ini! Junie binti Hariz!”


Kedengaran tepukan gemuruh dan Zer menyuruh Fazrul dan Danny menarik Junie ke tempat kek.Zer menghulurkan pisau pemotong kek kepada Junie dan dengan tangan yang terketar-ketar,Junie menyambutnya. Zer menggenggam tangan Junie dengan erat dan perlahan-lahan memotong kek.Jantung Junie berdegup kencang.Zer melempar senyuman jahatnya ke arah kawan-kawannya yang daritadi menjadi penonton setia dan menolak kuat muka Junie ke dalam kek.Junie terkejut dan terus mengangkat mukanya yang dipenuhi icing dan kek.Dia menarik tangannya dari pegangan Zer dan membersihkan mukanya.Tetamu-tetamu yang lain terus ketawa terbahak-bahak.Dan lebih malang lagi,semua orang dewasa sedang menjamu selera di rumah sebelah atas permintaan Zer sendiri.May pula sudah menghilang entah ke mana.Tiada siapa yang dapat membantunya sekarang.


’Takpe!Aku akan lawan sendiri!’Junie mengangkat kek yang sudah separa hancur itu dari atas meja dan menghumbannya kepada Zer.


Semua tetamu tergamam.Zer membersihkan kek di seluruh badannya dan terus menarik selendang Junie,geram.Junie menjerit nyaring.Zer menenggelamkan muka Junie ke dalam mangkuk kaca besar yang berisi air punch.Junie terkapai-kapai,kekurangan oksigen.Zer mengangkat kembali muka Junie dan kemudian melakukan perkara yang sama sebanyak tiga kali.Zer tersenyum puas melihat Junie tercungap-cungap menarik nafas.Dia menolak Junie ke arah kawan-kawannya.


”Suruh dia pergi bilik air,bersihkan badan dan pakai baju yang aku dah sediakan dekat dalam bilik tetamu tu.Jangan lupa bersihkan baju kau yang kotor tu!”Arah Zer dengan tegas sambil tersenyum jahat.


Saiful dan Alia menarik Junie dengan kasar ke arah sebuah bilik.


”Cepat sikit tukar baju tu!”arah Saiful dan Alia menolak Junie ke dalam bilik dengan kasar hingga terjatuh.


”Kunci pintu ni!”arah Alia pula dan menutup pintu.


Gedegang!Junie terus menangis teresak-esak.Dia bangun perlahan-lahan dan mengunci pintu.Kemudian,dia masuk ke dalam bilik air.Sepanjang tempoh dia mandi,air mata tidak henti-henti mengalir keluar dari tubir matanya.Baju pemberian arwah ayahnya dibasuh.Tangisannya makin kuat apabila icing yang melekat di bajunya tidak mahu keluar.Dia keluar dari bilik air dengan tuala yang disediakan.Baju kurungnya disidai di dalam bilik air.Junie mangambil baju yang diletak di atas katil yang telah disediakan oleh Zer.


’Baju badut?Sahla aku kena main dengan Zer ni!’Junie mengeluh dan duduk di atas lantai.


”Woi Junie!Pakai baju tu cepat!Aku masuk nanti! Aku ada kunci!”tiba-tiba kedengaran suara Zer dari luar.


Junie tersentak dan segera menyarung baju badut itu.Dia sudah tiada pilihan lagi.


’Dahla baju aku basah lagi.Takkan nak pakai baju basah?Tapi selendang ni aku nak pakai jugak!Basah pun basahla!Janji tutup aurat.’


KETIKA Zer membuka pintu,Junie sedang mengenakan krim putih di mukanya.Zer tersenyum puas.


”Bagus!Cepat sikit!Ni rambut untuk kau!Jangan nak mengada-ngada pakai selendang tu pulak!”Zer mencampak rambut palsu berwarna-warni ke atas katil dan segera keluar.


Junie melilit selendangnya disekeliling lehernya supaya tidak terdedah dan menyarung rambut berwarna-warni itu.Hidung merah yang bulat itu juga dipakai.Perlahan-lahan dia keluar dari bilik.Semua orang ketawa melihat Junie.Mereka semua membaling kulit pisang kepada Junie dan ketika Junie melangkah,dia terpijak kulit pisang dan terjatuh.Dia diketawakan lagi oleh semua orang.Kemudian mereka membaling belon air dan makanan ke arahnya.Junie hanya mampu menahan dengan tangannya dan menangis.Ketika itu,Alieff yang baru tiba meluru ke arah Junie dan menarik Junie keluar dari rumah Zer.Zer menghalang laluan mereka di depan pintu rumah.Alieff yang terkenal dengan ilmu silatnya menumbuk padu perut Zer.Zer terdampar kesakitan.Sebelum keadaan menjadi buruk,May tiba dari belakang rumah Zer dengan robe putih membalu tubuhnya dan tuala yang menutupi kepalanya yang hanya memakia topi renang.


”Ya ALLAH!Apa ni?!Kenapa ni Zer,Alieff,Junie?!”May menerpa ke arah Zer yang sudah pun duduk di atas lantai sambil memegang perutnya.May menoleh pula ke arah Junie.


”Ya ALLAH!Junie!”May menerpa ke arah Junie.”Kenapa Junie pakai baju badut?Kotor-kotor pulak tu!”


Junie menepis tangan May yang cuba menyentuh tangannya.


”Jangan sentuh aku!Aku taulah kau tak suka aku pun!Aku tau kau yang rancang semua ni dengan Zer…”


“Hei perempuan!”Zer memotong percakapan Junie.”May tak bersalah dalam hal ni!Aku saja suruh dia pergi berenang kat kolam,kawan-kawan dia lengahkan dia dan aku….”


Kata-kata Zer terhenti apabila Junie menampar muka Zer,kuat.


”Hoi,jantan!Kau diamlah!Kau jangan ingat sebab muka kau tu handsome,sebab ramai orang minat kau,kau berkuasa!Harap muka je handsome,tapi hati…. hancuss…!”


Junie mencampak rambut dan hidung badut ke muka Zer seraya segera berlalu dari situ.










End of Part 6



Tuesday 1 December 2009

Bab 1:Kenangan Silam (Part 5)

“SIAPA bagi?”soal Junie ketika May tiba-tiba duduk di sebelahnya dan menghulurkan bungkusan kotak kecil kepadanya.

”Alieff,”ucap May perlahan.

”Kenapa dia tak bagi sendiri?”soal Junie lagi,hairan.

Ketika itu mereka sedang berada di perpustakaan.Hanya kelihatan beberapa orang pelajar sedang mengulang kaji dan mencari buku untuk dipinjam.

”Dia ada perjumpaan ahli basketball hari ni.Pasukan basketball sekolah kita kan nak bertanding minggu depan dengan Sekolah S,”terang May.

“Owh…Okey.Thanks sebab tolong bawakkan hadiah ni ke sini,”ucap Junie perlahan dan terus kembali membaca novel .

”Ermm…Junie?May nak tanya sikit boleh?”soal May teragak-agak.

”Tanya jelah.Sejak bila pulak May nak kena mintak izin dulu baru boleh tanya Junie?”soal Junie acuh tak acuh sambil terus asyik membaca novel.

”Hadiah tu,siapa yang bagi?”soal May.

”Bukan ke tadi May yang bagi jawapan kepada soalan tu?”jawab Junie selamba.

”Owh,Alieff bagila ni…Untuk apa?”soal May lagi.

Suasana hening.

”Ju…nie?”teragak-agak May memanggil adik kembarnya itu.

Junie menarik nafas dan menutup novelnya lalu diletak di atas meja.

”Hadiah tu Kak Arissa yang bagi.Dia kakak Alieff.Hadiah tu sebagai tanda kenang-kenangan sebab minggu depan dia nak kena pergi kursus persediaan,buat kali terakhir sebelum dia berlepas ke Ireland cuti semester pertama nanti untuk further study dalam jurusan Medic. Dia bagi hadiah awal-awal sebab nanti tak jumpa dah,dia sibuk dengan kursus tu. End of story.Ok? Dah faham kan?”

May mengangguk kecil.’Nasib baik.Ingatkan Alieff yang bagi tadi,’bisik hatinya dan dia mengeluh lega.

”Good…Sekarang boleh tinggalkan Junie sorang-sorang tak? Junie nak baca novel,’pinta Junie sambil mengangkat novel ‘Twilight: New Moon’.

Sekali lagi May mengangguk dan dia segera berlalu keluar dari perpustakaan dengan hati yang riang.

WAKTU pulang adalah waktu yang sangat dinanti-nantikan oleh Junie.Sebaik sahaja loceng menandakan tamatnya waktu persekolahan berbunyi,dia segera mengemas mejanya yang berselerakan dengan buku-buku pelajaran lalu dimasukkannya ke dalam beg.

”Alieff,aku balik dulu.Assalamualaikum,”ucap Junie riang.

Alieff yang masih sibuk menyalin latihan yang diberi oleh cikgu mereka di papan hitam,mengangkat muka dari buku latihannya.

”Waalaikumsalam,”balas Alieff sambil tersenyum nipis.Junie membalas senyuman Alieff seadanya dan terus berlalu keluar dari kelas.

     KETIKA melewati taman sains sekolah,Junie ternampak May dan Zer sedang berbual di salah satu meja berpayung di dalam taman sains.Mereka kelihatan begitu mesra,berbual sambil bergelak ketawa.Junie mengeluh dan meningkatkan kelajuan langkahnya.
’Stop dreaming Junie!He never looks at you! You’re fat and ugly!’

‘Takpe! Aku akan kuruskan badan!’

‘Dah berapa kali kau azam macam tu tapi tak buat-buat pun! Kau sumbat lagi makanan dalam mulut ada la!’

‘AAHHH!!!!!’

Dia terus mempercepatkan lagi langkahnya.Dia tidak sanggup lagi menonton kemesraan Zer dan May.

‘Laju lagi,Junie! Laju lagi!’

Tiba-tiba dia merasa bagai ada satu kuasa yang menariknya untuk terus berjalan dengan lebih laju dan dalam masa tak sampai satu minit,dia sudah sampai di hadapan rumahnya yang berada tiga kilometer jauhnya dari sekolah.Junie tersentak.

’Aik?Bila masa aku sampai rumah?Ibu mana? Bukan ke selalunya aku balik dengan Ibu dan May? takkan la aku jalan kaki kot?Tadi seingat aku,aku baru je nak sampai kat pagar sekolah ,tetiba je dah sampai rumah!Haih..pelik betul!’

Bunyi telefon rumah berdering,mematikan segala tanda tanya di dalam benak Junie. Terkocoh-kocoh dia mengeluarkan kunci rumah dari poketnya dan membuka pintu.Kasut sekolah dibuka sepantas yang boleh dan dia terus berlari masuk ke rumah untuk menjawab panggilan telefon.Namun,baru sahaja dia ingin mengangkat gagang telefon,deringan berhenti.

”Laa!” Junie mendengus geram dan kembali ke pintu rumah.Kasut diletak di atas rak kasut.Pintu dikunci dan lalu naik ke atas.Setelah berehat selama 10 minit,dia menuju ke bilik air dan mandi.Selesai mandi,dia menunaikan solat Zohor.

Usai solat,Junie melumur rambut dengan conditioner Leave-On Rejoice dan turun ke bawah.Jam sudah pun menunjukkan tepat pukul 2.45 petang.Bunyi enjin kereta Gen-2 berderum di luar rumah.

’Ibu dan May dah balik! Selalunya memang kitorang semua balik lambat sebab Ibu punya tempat kerja jauh dari sekolah dan rumah.’

Junie berlalu ke pintu untuk menyambut kepulangan Puan Sofia dan May.

”Ha!Junie! Ibu punyala risau cari Junie kat sekolah tadi! Junie balik dengan siapa ? Kenapa tak telefon dulu, takpun bagitau kat May yang Junie nak balik dengan orang lain?” soal Puan Sofia bertalu-talu.

”Sorry Ibu, Junie lupa.Junie balik jalan kaki tadi,”jawabnya jujur.

”Balik jalan kaki? Kan ke jauh? Macam mana Junie boleh sampai cepat?”soal May pula,curiga.

Mereka berdua mengikuti Junie hingga ke dapur.

”Entah.Junie jalan je.Dah sampai cepat,nak buat macam mana,”jawabnya dengan penuh selamba sambil tersengih.

Kemudian dia terus mengeluarkan jag dan sirap.Air sirap dibancuh perlahan-lahan.

”Kalau macam tu,Junie bolehla masuk pertandingan lumba jalan kaki,”gurau May.

Dia mengeluarkan ais dan dihulurkan kepada Junie yang hanya tersenyum kecil mendengar gurauan May Puan sofia pula mengeluarkan tiga cawan kaca dari kabinet dan berlalu ke ruang rehat.Junie memasukkan ais ke dalam jag yang berisi air sirap seraya mengangkat jag dan berlalu ke depan.May hanya mengikut dari belakangJunie menuang air ke dalam ketiga-tiga cawan.Mereka duduk bersantai di atas sofa sambil menghirup air sirap dan menonton cerita bersiri Si Cantik dan Si Buruk Rupa yang ditayangkan di TV3.

“Dahla,ibu nak mandi.Junie pergilah buat kerja sekolah.May,jom naik atas.”ajak Puan Sofia dan berlalu ke atas bersama-sama May.

Puan Sofia memeluk mesra bahu May sambil bergelak ketawa.Junie mengeluh.Dia cemburu dengan kemesraan yang terjalin antar May dan Puan Sofia.Dia memang kurang rapat dengan Puan Sofia,macam ada jurang yang menghalang mereka daripada rapat.

‘Kalaulah papa masih ada..’rintih Junie di dalam hati.

Encik Hariz,papa mereka merupakan orang yang paling rapat dengan Junie. Encik Hariz.telah disahkan meninggal dunia dalam kejadian rampasan kapal terbang oleh pengganas ketika dalam perjalanan pulang dari outstation di Mesir.Menurut berita,kapal terbang tersebut dan semua tawanan di dalamnya telah hancur diletupkan . Tiada satu pun tawanan yang terselamat.Hanya cebisan-cebisan daging yang ditemui.








End of Part 5

Sunday 29 November 2009

Bab 1-Kenangan Silam (Part 4)

   NOTE:UNTUK PENGETAHUAN SEMUA,APA2 EJEKAN TERHADAP JUNIE,ALIEFF DAN MAY TAK PERNAH TERLIBAT. (CONTOHNYA,BILA SEMUA ORANG GELAK KAT JUNIE,DIORANG TAK GELAK SEKALI) KALAU DIORANG TERLIBAT,BARU SAYA TULIS..      


        JUNIE segera menolak mejanya hingga terjatuh dan dua ekor katak kodok melompat keluar dari mejanya.Seluruh kelas ketawa terbahak-bahak.Zer terus menghalau katak-katak itu keluar dari kelas mereka.May mendekati adiknya.


"Apa ni?!Kan May dah cakap jangan buli Junie!"marah May. Seluruh kelas terus terdiam.Zer terus mengangkat meja Junie.


"Junie,dudukla kat meja May.Biar May duduk dekat belakang dengan Alieff,"pujuk May sambil mengunjuk ke arah mejanya yang terdapat di sebelah meja Zer.


"Tak payah! Kau jangan nak tunjuk baik kat aku!Dan aku bukan adik kau!"jerkah Junie geram dan terus mengambil begnya seraya berlalu ke meja belakang yang terpencil di mana adanya Alieff,pelajar yang jarang tersenyum,jarang bercakap dengan orang lain dan sentiasa serius.(Alieff cuma senyum dekat orang yang lebih tua sebagai tanda hormat dan juga dekat orang yang dia rapat je).Orang gelar dia The Mysterious Man.Junielah satu-satunya kawan paling rpat Alieff dan mereka sering berbual di perpustakaan,tempat kegemaran mereka berdua.


"Assalamualaikum...,"tegur Alieff perlahan.


"Waalaikumsalam!"jawab Junie kasar.


"Rileksla...lagipun aku rasa kau tak patut marah May macam tu.Dia nak buat baik dengan kau,kau marah.Kesian dia,"nasihat Alieff sambil menoleh ke arah May.May tersenyum ke arahnya dan seperti biasa dia terus menoleh ke tempat lain.


"Aku kisah apa!Memang aku sayang dekat dia sebab dia kakak aku,tapi sebab dialah aku selalu kena ejek,kena buli!"Junie meluah geram.


"Dah berapa kali kau cakap macam tu tapi last2 baik jugak dengan kakak kau tu,'Alieff berbisik perlahan.


"Apa kau cakap?!"soal Junie.


"Eh,takde apa-apa lah,"ujar Alieff."Dahla,cikgu dah datang tu!kau jangan risau,aku okey,"ucap Junie sambil tersenyum manis.'Manisnya senyuman dia,'puji Alieff dalam hati.


  
   SEBAIK sahaja Mr. Chris beredar keluar, kelas 2 Elit menjadi hingar-bingar seperti suasana di konsert. Sebentar lagi loceng menandakan tibanya waktu rehat akan berbunyi.Ada yang sibuk bergosip,ada yang berkumpul empat lima orang bercerita hantu hinggakan ada yang terjerit-jerit seperti orang hysteria,ada yang asyik berdating di luar kelas dan tidak kurang juga yang tenggelam dalam dunia buku mereka, termasuklah Junie dan Alieff.Ketika Junie sedang asyik membaca,May melangkah ke arahnya dan terus menarik buku terbitan PTS One itu dari tangan Junie.

”Kau nak apa?”soal Junie kasar tetapi perlahan.


”May nak Junie rehat sekali dengan May nanti,”ujar May selamba kemudian terus berlalu.


”Kenapa dengan May tu?”soal Alieff hairan.


Junie hanya menjungkitkan bahu dan kembali membaca buku.Loceng berbunyi nyaring.Para pelajar kelas 2 Elit bersorak kegembiraan dan berpusu-pusu keluar menuju ke kafeteria sekolah mereka.


”Jun,nanti jumpa aku kat tempat biasa.”pesan Alieff.


Junie hanya mengangguk sambil tersenyum.Alieff segera berlalu.Alieff sorang je yang boleh panggil dia Jun,yang lain panggil dia Junie.


“Junie,cepatlah!”May segera menarik tangan May menuju ke tempat kegemaran May dan Junie jika mereka ingin rehat bersama-sama.Tempat itu agak terpencil dari orang ramai.


“Okay,now what?”soal Junie acuh tak acuh.


“First,May nak mintak maaf pasal Zer and…”


“Stop.Aku nak tanya sikit.Kenapa kau pulak yang kena mintak maaf?Sedangkan kau tak buat apa-apa pun kat aku.Well,memangla kau punca aku kena buli tapi……..Hmm…fikir-fikir balik,elok jugak kau mintak maaf kat aku.Tapi,pelik jugak.Kenapa baru sekarang kau nak mintak maaf? Selama ni bila kita gaduh tak pernah pun kau mintak maaf.Tapi,bila masa pulak kita gaduh?Aku kan gaduh dengan Zer? Tapi,kitorang gaduh sebab kau kan? Haih,pening kepala…”


“Junie!Apa yang Junie membebel sorang-sorang tu?May tak faham langsung!”May segera memotong bebelan Junie yang seperti machine gun itu. TOT! TOT! TOT! TOT! TOT! TOT! TOT! TOT! TOT! Tak henti-henti!


”May Cuma dengar Junie tanya kenapa May yang kena mintak maaf.Yang lain May tak faham.Junie cakap laju sangat.Anyway,Zer tu ego sikit,taknak mintak maaf secara berdepan so,May tolong wakilkan.Dia ada bagi surat untuk May.Jangan risau,May tak baca.”terang May dan menghulurkan kertas kecil yang dilipat dua kepada Junie.


Junie mendengus kecil dan mengambil kertas itu.Dibukanya perlahan-lahan:




Kau ingat kau siapa aku nak kena mintak maaf?!




“Apa-apa jela.”dia meronyok kertas itu dan dicampak ke dalam tong sampah berdekatan.Kemudian,dia terus berlalu.”Eh,Junie!Nantilah!”panggil May tapi tidak dihiraukan Junie.May termangu-mangu sendirian.


”May!”panggil seseorang dari belakang.


May tersentak dan segera menoleh.’Alieff!’hatinya berbisik riang.Dia terus melemparkan senyuman manis namun hanya dibalas dengan anggukan kecil.


“Junie mana?”soal Alieff sambil menolak sedikit cermin matanya ke atas dengan jari telunjuk.


“Oh,dia baru je pergi tadi.Dia pergi library kot,”terang May.


Alieff mengeluh perlahan.”La,saya baru je nak bagitau yang saya tak jadi pergi library hari ni.Ada perjumpaan ahli pasukan basketball lagi 5 minit.May boleh tolong bagikan hadiah ni dekat dia?”pinta Alieff seraya menghulurkan bungkusan kotak kecil yang dibalut dengan pembalut teddybear putih dan diikat dengan reben warna emas.


“Okay,”balas May riang.


“Terima kasih,”ucap Alieff dan segera berlari-lari anak meninggalkan May.

May membelek-belek bungkusan hadiah itu dengan hati yang sebal.Perlahan-lahan,dia mengatur langkah menuju ke perpustakaan sekolah.


   End of Part 4

Tuesday 24 November 2009

Bab 1:Kenangan Silam (Part 3)

      JUNIE memperlahankan langkahnya sebaik saja hampir sampai ke kelasnya,2 Elit. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan melangkah masuk.

"Hoi semua!Budak gemuk dah datang!"Zer Ahmad, budak paling handsome dalam kelas dan diminati ramai budak perempuan,termasuk Junie sendiri,menjerit mengumumkan kedatangan Junie.

'Ayrien lagi gemuk dari aku tapi takla kena ejek seteruk aku..Ni sebab Maylah!'Junie merungut dalam hati.

Semua orang dalam kelas kecuali Alieff memandang kearah Junie.Mereka semua mengembungkan pipi dan berjalan sambil membuat perut ke depan,menuju ke arahnya.Ayrien pun ikut sekali walaupun dia teragak-agak.Mereka membuat memek muka dan melemparkan kata-kata ejekan yang tidak menyenangkan kepada Junie.Seperti biasa,Junie tidak menghiraukan mereka walaupun hatinya terasa sakit yang teramat sangat.Dia terus duduk di atas kerusi.Dia mengemas serba sedikit mejanya kemudian bangun iuntuk memulakan tugasnya sebagai ketua kebersihan kelas.Tiba-tiba kedengaran tawa riuh dari belakang.Junie terus menoleh ke belakang dan ternampak Alieff sedang mengunjuk ke punggungnya.dia terus menarik keluar kertas yang terlekat di baju kurungnya.

"Aku badak,tak larat jalan.Tolakla Aku!"itula yang tertulis di atas kertas tersebut.

Junie mendengus geram.Baru saja dia ingin menjerkah mereka yang sedang mentertawakannya,kedengaran siulan dari sekumpulan pelajar lelaki yang duduk di tepi pintu hadapan kelas.Junie hanya menjeling tajam ke arah pintu.

'Mesti May dah sampai.Jalan macam tok nenek sebab tu lambat sampai kelas!' 

"May,kenapa lambat?Meja May, Zer dah kemaskan cantik-cantik.Adik May pun Zer tak buli,kan kawan-kawan?"ujar Zer sambil mengenyitkan mata kepada rakan-rakannya ketika dia membelakangi May.

Junie menjeling sinis ke arah May dan kembali duduk.Dia menjerit nyaring apabila terpegang sesuatu yang lembik dan bergerak di dalam laci mejanya.


End of Part 3

Sunday 22 November 2009

Bab 1-Kenangan Silam(Part 2)

      "HA,JUNIE.Kenapa monyok je pagi-pagi macam ni?"Puan Sofia mencuit dagu Junie.

"Dia memang macam tu,Mum.Moody sangat,"May menyampuk sambil menuang air susu ke dalam mangkuk.Junie menjeling tajam ke arah kakak kembarnya.

"Dah,dah.Jangan nak bergaduh.Junie,cepat sikit makan tu.Lagi 15 minit kita bertolak."ujar Puan Sofia yang arif tentang perangai anak kembarnya yg suka bergaduh.

Junie menuang sedikit susu ke dalam cawan dan menabur koko Crunch di dalamnya.Dia memang jenis tak suka sarapan.Makan sikit je tapi tetap gemuk! Sebab time lain makan banyak pulak.May membasuh magkuknya dan menyimpan air milo kedalam peti ais sebagai beku balik nanti.

"May,ambiklah roti hotdog tu,"arah Puan Sofia apabila dilihatnya anak gadisnya itu tidak menyentuh roti hotdog yang dibuatnya.

"Diet,"jawabnya sepatah sambil tersengih.

Junie menjeling May.'Nanti mesti aku jugak yang kena,'getus hati kecil Junie.

"Hai,dah kurus pun naik diet jugak?Lainlah kalau Junie ni,"puan Sofia menepuk lengan Junie.

May menjelir lidah ke arah Junie.Junie mengetap bibir menahan geram.

'Nanti kau!'Junie mengeluarkan kakinya dari bawah meja.Akibatnya,May tersadung dan hampir tejatuh.Nasib baik Puan Sofia sempat menahan May.Junie terus ketawa terbahak-bahak.May terus menampar lengan Junie kuat.Junie membalas.Lalu,Terjadilah adegan tampar-menampar lengan.

Puan Sofia terus menarik May ke sisinya."Dahla tu!Kenapa kamu berdua ni suka sangat bergaduh!May,kamu tu kakak!Patutnya mengalahla sikit!"marah Puan Sofia.

Mereka berdua terus terdiam."Dah!Jom pergi sekolah!"Puan Sofia terus berlalu dari dapur.

"Semua ni salah kaulah!"May memarahi Junie dan menolak bahunya.

Junie hanya membiarkan kelakuan kakaknya dan berlalu ke sinki.Dia membasuh membasuh cawan yang digunakan.Kemudian,dia mencapai botol air dan bekalnya seraya berlalu dari dapur,meninggalkan May yang terpinga-pinga.
    
       SAMPAI saja ke perkarangan sekolah,Junie terus mencium tangan ibunya dan bergegas keluar dari kereta Kembara milik Puan Sofia.

"Kenapa dengan Junie tu?Kalut semacam je,"soal Puan Sofia ,hairan.

May hanya menjungkitkan bahu dan mencium tangan ibunya.Kemudian,dia terus keluar dari kereta.Dalam hati,May masih lagi tertanya-tanya dengan sikap Junie sebentar tadi.


End of Part 2
sori,byk sgt part sebab saya takleh online lama2,so tak sempat nak taip..

Saturday 21 November 2009

Special Spy Teens

BAB 1-KENANGAN SILAM(Part 1)


PERLAHAN-LAHAN penyiasat muda itu menuruni tali yang diturunkan.Dia mengeluarkan compact powder dan meniup bedak yang terdapat di dalamnya.Perlahan-lahan,infrared kelihatan di kawasan muzium tersebut.Dia mesti menyelamatkan berlian Elizabeth sebelum ia dicuri.Dia mengeluarkan alat gadget khas yang kelihatan seperti gincu.Dia memancarkan laser dari gincu tersebut dan membuat bulatan di kaca yang menutupi berlian tersebut.Sebaik saja terbuka,dia menggunakan gadget berbentuk ketam dan menurunkannya berhati-hati dengan tali supaya tidak terkena infra red tersebut.Alat itu mencangkuk berlian tersebut.Sebaik saja berlian tersebut berada di tangannya,dia membuka penyepit rambut special dari rambutnya.Penyepit tersebut mengeluarkan cecair yang membentuk kotak pepejal seperti jelly.Dia memasukkan berlian tersebut ke dalam kotak pepejal itu dan memasukkannya ke dalam beg kecilnya yg disangkut di bahu.
Tiba-tiba, penyepit rambutnya tertanggal dan perlahan-lahan ia jatuh.Dalam beberapa saat saja lagi,penyepit itu akan terkena infrared tersebut dan penggera kecemasan muzium itu akan berbunyi.
           
      Misinya akan GAGAL!


Tiga,
Dua,
Satu,




    KRINGG!!!Jam loceng berbentuk apple itu berbunyi nyaring .Jarum jam menunjukkan tepat pukul 6.00 pagi.

'Hish!Kacau jelah jam ni!' Junie,seorang remaja berumur 14 tahun mengeluarkan tangannya dari bawah selimut dan menekan punat jam tersebut.Jam tersebut terus terdiam.Junie kembali melelapkan matanya.

"Woi!Junie!Bangunlah!Pergi sekolah!"Kakak kembarnya,May menggoncangkan tubuh gempalnya sekuat hati.

May tua dua minit darinya dan dia selalu memanggil May Kakak Dua Minit kalau ada orang suruh panggil May kakak.Junie dan May langsung tiada persamaan.Dia gemuk,kulit gelap,hidung tak berapa mancung,mata bulat dan galak,bibir tebal.Tapi May ramping,kulit cerah,hidung mancung,mata lebih kecil dan bibir agak nipis.Tapi orang selalu puji mata Junie dan dia pun ada bulu mata lentik dan tahi lalat atas bibir yang selalu dikatakan manis oleh ibunya.Itu saja keistimewaannya yang boleh menandingi kakaknya yang mempunyai lesung pipit dan bermata coklat hazel.
   

 "Junie!Bangunlah!"Junie mengeluh berat dan menolak selimutnya,kasar.

"Kacau betullah!"dia terus mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air.May menggeleng melihat kelakuan Junie.

'Pagi-pagi mesti bad mood!Moody betullah!'desis hati kecil May.Dia mengemas katil dan meninggalkan nota kecil di atas katil Junie,menyuruhnya mengemas katil.

"May!Cepat turun sarapan!"Puan Sofia,ibu mereka menjerit dari bawah.

"Yes Mum!"May menyisir rambut lurusnya dan mengikat rambutnya dengan pengikat rambut putih kemudian dia menyarung anak tudung dan memakai tudung sekolahnya dengan kemas.Setelah puas dengan penampilannya,dia turun ke bawah bersama beg sandangnya.
   
Junie yang baru keluar dari bilik air merengus melihat nota kecil di atas katilnya."Macamla aku ni budak-budak nak kena suruh baru buat!"rungutnya sendirian.

Dia menyarung uniform sekolah dan mengemas katil.
Kemudian,dia mengikat rambut ikal mayangnya kemas-kemas dan menyarung tudung.Junie mencapai beg kecilnya dan segera turun ke bawah untuk bersarapan.


End of part 1

New!!

Assalamualaikum..

Saya baru di sini..
pggil je saya Aka,Ahmar @ Red
you choose..
saya harap semua boleh terima blog ni..
sekadar untuk hiburan
tiada niat mengguris hati sesiapa..

wassalam

aka
ahmar
red