Theme Songs 4 This Novel

Wednesday 30 December 2009

Bab 2:Pendedahan (Part 3)

           SAMPAI saja di rumah,Junie hanya memerap di dalam bilik.Puan Sofia dan May yang baru pulang,langsung tidak dihiraukan.


"Junie!Junie!Bukak pintu ni!"Junie yang sedang menyiapkan kerja sekolah,tersentak.


"Junie! Kenapa degil sangat ni?!Asyik tinggal May sorang-sorang dekat sekolah tu kenapa?!Junie tak tahu ke Ibu penat kerja,datang ambik Junie dengan May, lepas tu tengok-tengok May je yang ada kat sekolah tu! Nasib baik ada orang nampak Junie balik dengan Alieff.Tak reti-reti nak tunggu Ibu datang ambik ke yang nak kena tumpang Alieff tu? Ke gatal sangat nak bercinta dengan Alieff?! Junie,bukakla pintu ni!"Bebel Puan Sofia geram.


Junie mengeluh perlahan.Air mata yang mula menitis kerana tuduhan yang dilemparkan ibunya,diseka pantas.Perlahan-lahan dia melangkah ke arah pintu dan membukanya.


"Ha!Jawabla apa yang ibu tanya tadi!"jerkah Puan Sofia.


"Mum,dahla tu,"pujuk May yang baru naik ke tingkat atas.May memeluk perlahan lengan ibunya."Ada orang datangla Mum..."


"Ada orang datang?Siapa?"soal Puan Sofia.Perhatiannya sudah beralih kepada May.


"Auntie Junaidah dengan Alieff.Diorang datang sebab Auntie Jun nak bincang something dengan Mum.May dah ajak diorang duduk kat ruang tengah."jelas May lagi.


"Hmm..Ibu turun dulu.Junie,nanti Ibu nak dengar penjelasan Junie pasal hal ni,"arah Puan Sofia,tegas.Junie hanya mengangguk.Puan Sofia terus turun ke bawah.


"Alieff nak jumpa Junie.May nak keluar dengan kawan-kawan May kejap.Kalau Mum tanya,cakap je tak tau.Nanti May balikla,"arah May pula.


Sekali lagi,Junie hanya mengangguk.May turut berlalu ke bawah.Junie pula kembali masuk ke dalam bilik.Dia menukar baju kepada baju berlengan panjang dan memakai tudung dengan kemas.Kemudian,dia turun ke bawah.Ibunya dan Auntie Junaidah sedang sibuk berbincang.Junie terus keluar dan didapati Alieff sedang bermain-main dengan kucing parsi kesayangan mereka,Tubby.May pula sedang bersembang dengan Zer di depan pagar,sebelum mereka berlalu pergi dengan menaiki kereta Mercedez warna hitam.


'Patutla marah sangat aku tengok surat dia tadi. Nak pergi date dengan Zer rupanya.Keluar dengan 'kawan-kawan' sangatla tu.'


Zer.


Nama itu mengingatkannya tentang kejadian di sekolah sebentar tadi.Hatinya kembali menangis.


"Jun!"Panggilan Alieff mematikan lamunannya.Junie tersenyum kecil.


"Jom,duduk dekat taman."ajak Junie tenang walaupun hatinya terasa amat sakit.


Hakikatnya,Alieff memang lebih kacak berbanding Zer tetapi oleh kerana sikapnya yang serius,jarang tersenyum,suka bersendiri dan jarang berbual dengan orang lain,ketampanannya kurang menyerlah.Tapi itu pun tetap popular!


"Ada apa kau nak jumpa aku?"soal Junie serius.


"Takkanla nak jumpa kawan baik aku pun tak boleh,"gurau Alieff.


Junie tersenyum simpul."Takdela.Aku tanya je,"


"Aku dah bagitau kat mak kau kenapa kau balik dengan aku hari ni,"


Junie terdiam."Er....Kau dengar ke apa yang mak aku cakap tadi?"soalnya teragak-agak.


"Dengar.Tapi kau jangan risau,umi aku tak dengar pun.Dia tengah sibuk sembang dengan abi aku dalam telefon tadi."ujar Alieff.


Junie mengeluh perlahan."Sorryla kau terbabit sekali dalam hal ni,"


"Ooh..yang Ibu kau cakap kau gatal nak bercinta dengan aku tu?Apa salahnya,kot-kotla jadi,"usik Alieff sambil tersenyum nakal.


"Hoi!Kau jangan nak mengada-ngada!"Junie menjerit kecil seraya membaling daun kering ke arah Alieff.


Meledak ketawa Alieff melihat muka Junie menjadi merah padam apabila diusik.Itu antara sebab dia suka usik Junie,nampak comel bila pipi tembam dia merona merah lepas tu marah main-main.Perbualan mereka semakin rancak,diselang-seli dengan gelak tawa.Tidak sedikit pun menyentuh tentang sebab Junie menangis walaupun hati Alieff meronta ingin tahu.


'Biarlah dia happy-happy dulu,'gumam hati kecil Alieff.


              HARI ini merupakan hari jadi May dan Junie.Hampir kesemua pelajar yang dijemput ke parti hari jadi mereka,hadir.Junie hanya berkurung di dalam bilik walaupun majlis sudah hendak dimulakan.


"Junie!Ada orang nak jumpa!Keluar cepat!"panggil Puan Sofia dari luar bilik.


"Ok!"balas Junie,lemah.


Badannya panas,terasa seperti hendak demam.Dia mengikat rambutnya yang kusut-masai dan menyarung tudung lalu membuka pintu.


"Aik?Takde orang pun.Ibu.."baru saja dia ingin melaung,terus terhenti sebaik saja melihat kelibat seseorang.


Seseorang yang sangat tidak dijangka.


"Kak Emil!"jerit Junie,kaget.


Emillia hanya tersenyum melihat Junie yang terkejut melihatnya.


"Kenapa?Terkejut?Surprise!"ucap Emillia sambil menghulurkan hadiah teddy bear putih yang besarnya seperti bantal peluk sederhana panjang.


"Happy birthday Junie.Semoga panjang umur dan murah rezeki,"ucap Emillia.


Junie teragak-agak menyambut hadiah tersebut.Perlahan-lahan terukir senyuman manis.


"Terima kasih.Arigatou gozaimasu.Comelnya....Tak payahla susah-susah beli hadiah besar-besar.Mesti mahal kan?"Junie memeluk erat teddy bear tersebut.


"Taklah.Lagipun nikan birthday Junie.Mestilah kena dapat hadiah yang best.Barula seronok.Nanti birthday akak,Junie bagila pulak hadiah besar-besar,"usiknya.


Mereka ketawa.


"Jom duduk,"ajak Junie dan melangkah ke ruang rehat yang terletak di tingkat atas berdekatan bilik Junie.


"Kenapa Junie tak turun?Majlis rasanya dah nak mula kan?"soal Emillia sebaik saja mereka melabuhkan punggung di sofa yang terdapat di ruang rehat tersebut.


"Junie nak duduk dalam bilik kejap.Nanti Junie turunlah,"dalih Junie.


Emillia hanya mengangguk walaupun hatinya masih ragu-ragu.Junie segera mengubah topik perbualan.


"Ni kenapa Kak Emil datang sini ni?Kata nak pegi Johor,"


"Tak boleh datang ke?Taklah,Kak Emil memang nak pegi Johor tapi lusa.Saja bohong Junie, nak buat surprise,"terang Emillia sambil menjelir lidah.


"Ooo...nak tipu orang,eh?"


Mereka berdua ketawa riang.Tiba-tiba May naik diikuti dengan Zer dan Alieff.Ketawa mereka terus terhenti.


"Em..Kak Emil,boleh tak tinggalkan kitorang semua?Kak Emil turunla dulu, ye?"pinta May sopan.


Emillia menoleh ke arah Junie.


"Sorry ye, Kak Emil?Kak Emil turunla makan dulu ye?"ujar Junie pula,walaupun dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang bakal berlaku.


Emillia mengangguk dan tersenyum.Dia melambai ke arah Junie dan terus berlalu.


"Junie,kenapa tak turun?Party dah mula.Jom turun,"pujuk May sambil menarik lengan Junie,lembut.


"Takpelah.May turun dulu.Nanti Junie turun,"tolak Junie perlahan sambil memicit kepalanya yang tiba-tiba saja pening.


"Janji?"


"Janji,"ucapnya lemah.


May tersenyum puas dan berlalu.Kemudian,Zer pula mendekatinya.Kepalanya semakin pening dan matanya pedih dan panas.


"Aku nak cakap sikit je.Today,you'll know the truth,"dan dengan itu Zer terus berlalu.


Kepalanya berdenyut-denyut dan terasa sangat berat.Perutnya memulas dan dia mula berpeluh.


'Teka-teki apa lagi ni?'


"Jun,kau okey?"suara lembut Alieff meringankan sedikit beban kepalanya.


Sememangnya Alieff sering menjaga hatinya.Alieff memang baik tapi entah kenapa hati Junie tidak pernah tercuit dengan sikap Alieff terhadapnya sebaliknya,dia menyukai Zer yang suka bersikap kasar terhadap Junie.Junie hanya mengangguk,membalas pertanyaan Alieff.


"Aku pun nak cakap sikit je.Aku.."kata-kata Alieff terhenti.


"Aku apa Alieff?"Junie mendongak memandang Alieff.


"Kata-kata aku sama dengan Zer,Jun.Kau akan tahu kebenarannya hari ini,Jun,"ujar Alieff,lembut.


"Kebenaran?Kebenaran apa,Alieff?"soal Junie,lemah.


Suaranya hampir-hampir saja tidak kedengaran.Dia berasa sangat letih sekarang.Tiba-tiba telefon bimbit Alieff berbunyi.


"Kejap,"Alieff segera berlalu ke tempat yang aak tersembunyi.


Junie hanya membiarkan Leo.Dia memejamkan matanya.


"Penat,"gumamnya perlahan dan pandangannya menjadi hitam.


Sementara itu,"Agent 144,bawak Junie ke sini.Dengan Agent 575 sekali,"


"Baiklah,"balas Agent 144 pendek.


Dia memicit butang di cermin mata hitamnya.Talian terputus.Kemudian,dia memicit butang-butang di alat yang terdapat di lengannya.Tidak lama kemudian,hologram Agent 575 terpancar dari cermin mata hitamnya.


"We've got to go,"pendek pesanan Agent 144 dan talian terus dimatikan.


Dia beralih ke belakang dan merenung Junie yang sudah terlelap di sofa kerana ditabur dengan serbuk tidur.

End of Part 3
P/S:sori lmbt post new n3..harap tak bosan menunggu..sibuk sikit sekarang ni.Nak online pun tak sempat.So,enjoy this new part...!Nanti saya akan post last part bab 2..enjoy! =DDD

No comments:

Post a Comment