Theme Songs 4 This Novel

Tuesday 1 December 2009

Bab 1:Kenangan Silam (Part 5)

“SIAPA bagi?”soal Junie ketika May tiba-tiba duduk di sebelahnya dan menghulurkan bungkusan kotak kecil kepadanya.

”Alieff,”ucap May perlahan.

”Kenapa dia tak bagi sendiri?”soal Junie lagi,hairan.

Ketika itu mereka sedang berada di perpustakaan.Hanya kelihatan beberapa orang pelajar sedang mengulang kaji dan mencari buku untuk dipinjam.

”Dia ada perjumpaan ahli basketball hari ni.Pasukan basketball sekolah kita kan nak bertanding minggu depan dengan Sekolah S,”terang May.

“Owh…Okey.Thanks sebab tolong bawakkan hadiah ni ke sini,”ucap Junie perlahan dan terus kembali membaca novel .

”Ermm…Junie?May nak tanya sikit boleh?”soal May teragak-agak.

”Tanya jelah.Sejak bila pulak May nak kena mintak izin dulu baru boleh tanya Junie?”soal Junie acuh tak acuh sambil terus asyik membaca novel.

”Hadiah tu,siapa yang bagi?”soal May.

”Bukan ke tadi May yang bagi jawapan kepada soalan tu?”jawab Junie selamba.

”Owh,Alieff bagila ni…Untuk apa?”soal May lagi.

Suasana hening.

”Ju…nie?”teragak-agak May memanggil adik kembarnya itu.

Junie menarik nafas dan menutup novelnya lalu diletak di atas meja.

”Hadiah tu Kak Arissa yang bagi.Dia kakak Alieff.Hadiah tu sebagai tanda kenang-kenangan sebab minggu depan dia nak kena pergi kursus persediaan,buat kali terakhir sebelum dia berlepas ke Ireland cuti semester pertama nanti untuk further study dalam jurusan Medic. Dia bagi hadiah awal-awal sebab nanti tak jumpa dah,dia sibuk dengan kursus tu. End of story.Ok? Dah faham kan?”

May mengangguk kecil.’Nasib baik.Ingatkan Alieff yang bagi tadi,’bisik hatinya dan dia mengeluh lega.

”Good…Sekarang boleh tinggalkan Junie sorang-sorang tak? Junie nak baca novel,’pinta Junie sambil mengangkat novel ‘Twilight: New Moon’.

Sekali lagi May mengangguk dan dia segera berlalu keluar dari perpustakaan dengan hati yang riang.

WAKTU pulang adalah waktu yang sangat dinanti-nantikan oleh Junie.Sebaik sahaja loceng menandakan tamatnya waktu persekolahan berbunyi,dia segera mengemas mejanya yang berselerakan dengan buku-buku pelajaran lalu dimasukkannya ke dalam beg.

”Alieff,aku balik dulu.Assalamualaikum,”ucap Junie riang.

Alieff yang masih sibuk menyalin latihan yang diberi oleh cikgu mereka di papan hitam,mengangkat muka dari buku latihannya.

”Waalaikumsalam,”balas Alieff sambil tersenyum nipis.Junie membalas senyuman Alieff seadanya dan terus berlalu keluar dari kelas.

     KETIKA melewati taman sains sekolah,Junie ternampak May dan Zer sedang berbual di salah satu meja berpayung di dalam taman sains.Mereka kelihatan begitu mesra,berbual sambil bergelak ketawa.Junie mengeluh dan meningkatkan kelajuan langkahnya.
’Stop dreaming Junie!He never looks at you! You’re fat and ugly!’

‘Takpe! Aku akan kuruskan badan!’

‘Dah berapa kali kau azam macam tu tapi tak buat-buat pun! Kau sumbat lagi makanan dalam mulut ada la!’

‘AAHHH!!!!!’

Dia terus mempercepatkan lagi langkahnya.Dia tidak sanggup lagi menonton kemesraan Zer dan May.

‘Laju lagi,Junie! Laju lagi!’

Tiba-tiba dia merasa bagai ada satu kuasa yang menariknya untuk terus berjalan dengan lebih laju dan dalam masa tak sampai satu minit,dia sudah sampai di hadapan rumahnya yang berada tiga kilometer jauhnya dari sekolah.Junie tersentak.

’Aik?Bila masa aku sampai rumah?Ibu mana? Bukan ke selalunya aku balik dengan Ibu dan May? takkan la aku jalan kaki kot?Tadi seingat aku,aku baru je nak sampai kat pagar sekolah ,tetiba je dah sampai rumah!Haih..pelik betul!’

Bunyi telefon rumah berdering,mematikan segala tanda tanya di dalam benak Junie. Terkocoh-kocoh dia mengeluarkan kunci rumah dari poketnya dan membuka pintu.Kasut sekolah dibuka sepantas yang boleh dan dia terus berlari masuk ke rumah untuk menjawab panggilan telefon.Namun,baru sahaja dia ingin mengangkat gagang telefon,deringan berhenti.

”Laa!” Junie mendengus geram dan kembali ke pintu rumah.Kasut diletak di atas rak kasut.Pintu dikunci dan lalu naik ke atas.Setelah berehat selama 10 minit,dia menuju ke bilik air dan mandi.Selesai mandi,dia menunaikan solat Zohor.

Usai solat,Junie melumur rambut dengan conditioner Leave-On Rejoice dan turun ke bawah.Jam sudah pun menunjukkan tepat pukul 2.45 petang.Bunyi enjin kereta Gen-2 berderum di luar rumah.

’Ibu dan May dah balik! Selalunya memang kitorang semua balik lambat sebab Ibu punya tempat kerja jauh dari sekolah dan rumah.’

Junie berlalu ke pintu untuk menyambut kepulangan Puan Sofia dan May.

”Ha!Junie! Ibu punyala risau cari Junie kat sekolah tadi! Junie balik dengan siapa ? Kenapa tak telefon dulu, takpun bagitau kat May yang Junie nak balik dengan orang lain?” soal Puan Sofia bertalu-talu.

”Sorry Ibu, Junie lupa.Junie balik jalan kaki tadi,”jawabnya jujur.

”Balik jalan kaki? Kan ke jauh? Macam mana Junie boleh sampai cepat?”soal May pula,curiga.

Mereka berdua mengikuti Junie hingga ke dapur.

”Entah.Junie jalan je.Dah sampai cepat,nak buat macam mana,”jawabnya dengan penuh selamba sambil tersengih.

Kemudian dia terus mengeluarkan jag dan sirap.Air sirap dibancuh perlahan-lahan.

”Kalau macam tu,Junie bolehla masuk pertandingan lumba jalan kaki,”gurau May.

Dia mengeluarkan ais dan dihulurkan kepada Junie yang hanya tersenyum kecil mendengar gurauan May Puan sofia pula mengeluarkan tiga cawan kaca dari kabinet dan berlalu ke ruang rehat.Junie memasukkan ais ke dalam jag yang berisi air sirap seraya mengangkat jag dan berlalu ke depan.May hanya mengikut dari belakangJunie menuang air ke dalam ketiga-tiga cawan.Mereka duduk bersantai di atas sofa sambil menghirup air sirap dan menonton cerita bersiri Si Cantik dan Si Buruk Rupa yang ditayangkan di TV3.

“Dahla,ibu nak mandi.Junie pergilah buat kerja sekolah.May,jom naik atas.”ajak Puan Sofia dan berlalu ke atas bersama-sama May.

Puan Sofia memeluk mesra bahu May sambil bergelak ketawa.Junie mengeluh.Dia cemburu dengan kemesraan yang terjalin antar May dan Puan Sofia.Dia memang kurang rapat dengan Puan Sofia,macam ada jurang yang menghalang mereka daripada rapat.

‘Kalaulah papa masih ada..’rintih Junie di dalam hati.

Encik Hariz,papa mereka merupakan orang yang paling rapat dengan Junie. Encik Hariz.telah disahkan meninggal dunia dalam kejadian rampasan kapal terbang oleh pengganas ketika dalam perjalanan pulang dari outstation di Mesir.Menurut berita,kapal terbang tersebut dan semua tawanan di dalamnya telah hancur diletupkan . Tiada satu pun tawanan yang terselamat.Hanya cebisan-cebisan daging yang ditemui.








End of Part 5

No comments:

Post a Comment