Theme Songs 4 This Novel

Sunday 29 November 2009

Bab 1-Kenangan Silam (Part 4)

   NOTE:UNTUK PENGETAHUAN SEMUA,APA2 EJEKAN TERHADAP JUNIE,ALIEFF DAN MAY TAK PERNAH TERLIBAT. (CONTOHNYA,BILA SEMUA ORANG GELAK KAT JUNIE,DIORANG TAK GELAK SEKALI) KALAU DIORANG TERLIBAT,BARU SAYA TULIS..      


        JUNIE segera menolak mejanya hingga terjatuh dan dua ekor katak kodok melompat keluar dari mejanya.Seluruh kelas ketawa terbahak-bahak.Zer terus menghalau katak-katak itu keluar dari kelas mereka.May mendekati adiknya.


"Apa ni?!Kan May dah cakap jangan buli Junie!"marah May. Seluruh kelas terus terdiam.Zer terus mengangkat meja Junie.


"Junie,dudukla kat meja May.Biar May duduk dekat belakang dengan Alieff,"pujuk May sambil mengunjuk ke arah mejanya yang terdapat di sebelah meja Zer.


"Tak payah! Kau jangan nak tunjuk baik kat aku!Dan aku bukan adik kau!"jerkah Junie geram dan terus mengambil begnya seraya berlalu ke meja belakang yang terpencil di mana adanya Alieff,pelajar yang jarang tersenyum,jarang bercakap dengan orang lain dan sentiasa serius.(Alieff cuma senyum dekat orang yang lebih tua sebagai tanda hormat dan juga dekat orang yang dia rapat je).Orang gelar dia The Mysterious Man.Junielah satu-satunya kawan paling rpat Alieff dan mereka sering berbual di perpustakaan,tempat kegemaran mereka berdua.


"Assalamualaikum...,"tegur Alieff perlahan.


"Waalaikumsalam!"jawab Junie kasar.


"Rileksla...lagipun aku rasa kau tak patut marah May macam tu.Dia nak buat baik dengan kau,kau marah.Kesian dia,"nasihat Alieff sambil menoleh ke arah May.May tersenyum ke arahnya dan seperti biasa dia terus menoleh ke tempat lain.


"Aku kisah apa!Memang aku sayang dekat dia sebab dia kakak aku,tapi sebab dialah aku selalu kena ejek,kena buli!"Junie meluah geram.


"Dah berapa kali kau cakap macam tu tapi last2 baik jugak dengan kakak kau tu,'Alieff berbisik perlahan.


"Apa kau cakap?!"soal Junie.


"Eh,takde apa-apa lah,"ujar Alieff."Dahla,cikgu dah datang tu!kau jangan risau,aku okey,"ucap Junie sambil tersenyum manis.'Manisnya senyuman dia,'puji Alieff dalam hati.


  
   SEBAIK sahaja Mr. Chris beredar keluar, kelas 2 Elit menjadi hingar-bingar seperti suasana di konsert. Sebentar lagi loceng menandakan tibanya waktu rehat akan berbunyi.Ada yang sibuk bergosip,ada yang berkumpul empat lima orang bercerita hantu hinggakan ada yang terjerit-jerit seperti orang hysteria,ada yang asyik berdating di luar kelas dan tidak kurang juga yang tenggelam dalam dunia buku mereka, termasuklah Junie dan Alieff.Ketika Junie sedang asyik membaca,May melangkah ke arahnya dan terus menarik buku terbitan PTS One itu dari tangan Junie.

”Kau nak apa?”soal Junie kasar tetapi perlahan.


”May nak Junie rehat sekali dengan May nanti,”ujar May selamba kemudian terus berlalu.


”Kenapa dengan May tu?”soal Alieff hairan.


Junie hanya menjungkitkan bahu dan kembali membaca buku.Loceng berbunyi nyaring.Para pelajar kelas 2 Elit bersorak kegembiraan dan berpusu-pusu keluar menuju ke kafeteria sekolah mereka.


”Jun,nanti jumpa aku kat tempat biasa.”pesan Alieff.


Junie hanya mengangguk sambil tersenyum.Alieff segera berlalu.Alieff sorang je yang boleh panggil dia Jun,yang lain panggil dia Junie.


“Junie,cepatlah!”May segera menarik tangan May menuju ke tempat kegemaran May dan Junie jika mereka ingin rehat bersama-sama.Tempat itu agak terpencil dari orang ramai.


“Okay,now what?”soal Junie acuh tak acuh.


“First,May nak mintak maaf pasal Zer and…”


“Stop.Aku nak tanya sikit.Kenapa kau pulak yang kena mintak maaf?Sedangkan kau tak buat apa-apa pun kat aku.Well,memangla kau punca aku kena buli tapi……..Hmm…fikir-fikir balik,elok jugak kau mintak maaf kat aku.Tapi,pelik jugak.Kenapa baru sekarang kau nak mintak maaf? Selama ni bila kita gaduh tak pernah pun kau mintak maaf.Tapi,bila masa pulak kita gaduh?Aku kan gaduh dengan Zer? Tapi,kitorang gaduh sebab kau kan? Haih,pening kepala…”


“Junie!Apa yang Junie membebel sorang-sorang tu?May tak faham langsung!”May segera memotong bebelan Junie yang seperti machine gun itu. TOT! TOT! TOT! TOT! TOT! TOT! TOT! TOT! TOT! Tak henti-henti!


”May Cuma dengar Junie tanya kenapa May yang kena mintak maaf.Yang lain May tak faham.Junie cakap laju sangat.Anyway,Zer tu ego sikit,taknak mintak maaf secara berdepan so,May tolong wakilkan.Dia ada bagi surat untuk May.Jangan risau,May tak baca.”terang May dan menghulurkan kertas kecil yang dilipat dua kepada Junie.


Junie mendengus kecil dan mengambil kertas itu.Dibukanya perlahan-lahan:




Kau ingat kau siapa aku nak kena mintak maaf?!




“Apa-apa jela.”dia meronyok kertas itu dan dicampak ke dalam tong sampah berdekatan.Kemudian,dia terus berlalu.”Eh,Junie!Nantilah!”panggil May tapi tidak dihiraukan Junie.May termangu-mangu sendirian.


”May!”panggil seseorang dari belakang.


May tersentak dan segera menoleh.’Alieff!’hatinya berbisik riang.Dia terus melemparkan senyuman manis namun hanya dibalas dengan anggukan kecil.


“Junie mana?”soal Alieff sambil menolak sedikit cermin matanya ke atas dengan jari telunjuk.


“Oh,dia baru je pergi tadi.Dia pergi library kot,”terang May.


Alieff mengeluh perlahan.”La,saya baru je nak bagitau yang saya tak jadi pergi library hari ni.Ada perjumpaan ahli pasukan basketball lagi 5 minit.May boleh tolong bagikan hadiah ni dekat dia?”pinta Alieff seraya menghulurkan bungkusan kotak kecil yang dibalut dengan pembalut teddybear putih dan diikat dengan reben warna emas.


“Okay,”balas May riang.


“Terima kasih,”ucap Alieff dan segera berlari-lari anak meninggalkan May.

May membelek-belek bungkusan hadiah itu dengan hati yang sebal.Perlahan-lahan,dia mengatur langkah menuju ke perpustakaan sekolah.


   End of Part 4

No comments:

Post a Comment